Pages

Tuesday, May 18, 2010

Rahsia Tulang Sulbi

Assalamualaikum

Entri saya untuk kali ini akan membicarakan keistimewaan dan keajaiban tulang sulbi.

Apa itu tulang sulbi?

Jika anda merupakan pelajar yang menjadikan subjek biologi sebagai subjek elektif anda, tentunya anda akan atau telah mempelajari bab kedua di tingkatan lima. Bab tersebut yang diberi tajuk 'Locomotion and Support' ada menyentuh tentang struktur tulang dalam badan kita. Tulang sulbi atau mengikut istilah anatominya yang dikenali sebagai coccyx merupakan tulang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra(tulang belakang) yang terletak di bahagian pinggul. Fungsi coccyx adalah untuk menjaga darah, otot, tulang, dan usus. Tulang sulbi ini telah disebut oleh Rasulullah sejak 14 abad dahulu lagi.

Hadis Rasulullah
  1. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Ada satu tulang yang pada anak Adam yang tidak dimamah tanah." Mereka bertanya,"Apa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab,"Tulang sulbi." (Riwayat Muslim no.7605, Ahmad no.8180)

Keajaiban Tulang Sulbi

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita rumuskan bahawa tulang sulbi tidak akan hancur. Buktinya telah ditunjukkan oleh seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann bahawa sel-sel di dalam tulang sulbi tidak akan hancur atau musnah sama sekali. Dalam kajiannya, beliau telah mengisar tulang sulbi sehingga hancur dan panaskannya dengan suhu yang panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih lagi utuh seperti biasa. Kajian sama telah dilakukan oleh Dr Uthman Jailani dan Syeikh Abdul Majid al-Zindani dari Universiti Sana'a, Yaman. Hasilnya tetap sama walaupun tulang coccyx itu dibakar sehingga menjadi arang. Sel-sel tersebut tidak osak sama sekali oleh pembakaran tersebut dan masih hidup.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh tokoh profesional seperti mereka membuktikan bahawa meskipun jasad seseorang itu telah meninggal dunia, tetapi sel-sel asas di dalam tulang sulbi masih hidup walaupun telah meninggal dunia beribu-ribu tahun lamanya.

Ada lagi...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan."(Riwayat al-Nasa'i no.2077, Abu Daud no.4843, Ibn Majah no.4266)

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa,
  1. Bermulanya kejadian manusia daripada tulang sulbi
  2. Manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak daripada tulang sulbi
Jika anda ingin mengetahui huraian terperinci tentang dua kesimpulan di atas, sila dapatkan majalah SOLUSI isu no.19. Huraian tersebut telah ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib pada ruangan FIZIKR-Islam dan Sains.

Selamat membaca

Friday, May 14, 2010

Ada apa pada rangkaaian sosial?

Assalamualaikum

Hari demi hari, setiap orang dari seluruh dunia mula menjinakkan diri dengan pelbagai rangkaian sosial seperti Facebook, Myspace, dan Twitter. Rangkaian sosial ini dijadikan satu 'medium' untuk berhubung dengan rakan-rakan tidak kira di mana
mereka berada.

Hari ini, Facebook merupakan antara rangkaian sosial paling popular. Pada awalnya, Facebook hanyalah sebuah site eksklusif yang ditubuhkan untuk para pelajar Harvard sahaja. Kemudian pengasasnya ya
ng merupakan salah seorang graduan universiti itu memperluaskan lagi rangkaian ini ke sejumlah kampus lain di kawasan berdekatan(Boston). Akhirnya, Facebook diperluas lagi ke seluruh dunia dengan membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai alamat email valid untuk mengaksesnya. Kreativiti pengasasnya memang mengagumkan kerana dapat mengubah satu site mencari jodoh kepada site rangkaian sosial yang paling popular zaman ini.

Tetapi harus diingat bahawa setiap rangkaian sosial ada pro dan kontranya. Terserah kepada pengguna itu sendiri sama ada ingin memanfaatkan rangkaian sosial itu atau menyalahgunakannya. Untuk mengetahui lebih lanjut cerita mengenai baik buruk sesebuah rangkaian sosial, di sini saya sertakan site Kapten Hafiz Firdaus yang membicarakan perihal tersebut.

Baik Buruk Rangkaian Sosial
HafizFirdaus.com - Friday, 14 May 2010 © HafizFirdaus.com

Selamat membaca...


Thursday, May 13, 2010

Menu Baru

Assalamualaikum

Setelah agak lama bergiat dalam dunia blog ini, aku ingin mengubah cara penulisan blog Sekilas Pena ini agar lebih menarik. Aku tertarik apabila membaca majalah-majalah di luar sana yang memaparkan pelbagai ilmu yang boleh dianggap sebagai 'extra knowledge'. Ramai di antara kita yang malas untuk mencari fakta tentang sesuatu perkara. Oleh itu, aku ingin jadikan blog ini sebagai satu 'medium' untuk berkongsi pelbagai fakta tentang sesuatu perkara. Selain itu, blog ini juga tidak akan lekang dengan kisah pengalaman hidupku kerana itulah tujuan asal blog ini diwujudkan.

Tujuan aku mewujudkan entri berbentuk 'extra knowledge' ini hanyalah untuk berkongsi ilmu itu bersama para pembaca. Aku akan mencari pelbagai fakta menarik untuk dikongsikan bersama kalian. Untuk makluman para pembaca Sekilas Pena, aku akan padamkan hasil nukilan aku terdahulu kerana tidak menepati agenda baru yang bakal diwujudkan dalam blog ini. Selain itu, aku akan berkongsi maklumat yang aku perolehi daripada laman sesawang insan lain agar ilmu itu boleh dikongsikan bersama. Sekilas Pena bakal dijadikan blog yang mengupas pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi seterusnya mengulas sedikit sebanyak kisah perjalanan hidupku di atas muka bumi ini.
Related Posts with Thumbnails