Pages

Tuesday, May 18, 2010

Rahsia Tulang Sulbi

Assalamualaikum

Entri saya untuk kali ini akan membicarakan keistimewaan dan keajaiban tulang sulbi.

Apa itu tulang sulbi?

Jika anda merupakan pelajar yang menjadikan subjek biologi sebagai subjek elektif anda, tentunya anda akan atau telah mempelajari bab kedua di tingkatan lima. Bab tersebut yang diberi tajuk 'Locomotion and Support' ada menyentuh tentang struktur tulang dalam badan kita. Tulang sulbi atau mengikut istilah anatominya yang dikenali sebagai coccyx merupakan tulang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra(tulang belakang) yang terletak di bahagian pinggul. Fungsi coccyx adalah untuk menjaga darah, otot, tulang, dan usus. Tulang sulbi ini telah disebut oleh Rasulullah sejak 14 abad dahulu lagi.

Hadis Rasulullah
  1. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Ada satu tulang yang pada anak Adam yang tidak dimamah tanah." Mereka bertanya,"Apa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab,"Tulang sulbi." (Riwayat Muslim no.7605, Ahmad no.8180)

Keajaiban Tulang Sulbi

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita rumuskan bahawa tulang sulbi tidak akan hancur. Buktinya telah ditunjukkan oleh seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann bahawa sel-sel di dalam tulang sulbi tidak akan hancur atau musnah sama sekali. Dalam kajiannya, beliau telah mengisar tulang sulbi sehingga hancur dan panaskannya dengan suhu yang panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih lagi utuh seperti biasa. Kajian sama telah dilakukan oleh Dr Uthman Jailani dan Syeikh Abdul Majid al-Zindani dari Universiti Sana'a, Yaman. Hasilnya tetap sama walaupun tulang coccyx itu dibakar sehingga menjadi arang. Sel-sel tersebut tidak osak sama sekali oleh pembakaran tersebut dan masih hidup.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh tokoh profesional seperti mereka membuktikan bahawa meskipun jasad seseorang itu telah meninggal dunia, tetapi sel-sel asas di dalam tulang sulbi masih hidup walaupun telah meninggal dunia beribu-ribu tahun lamanya.

Ada lagi...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan."(Riwayat al-Nasa'i no.2077, Abu Daud no.4843, Ibn Majah no.4266)

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa,
  1. Bermulanya kejadian manusia daripada tulang sulbi
  2. Manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak daripada tulang sulbi
Jika anda ingin mengetahui huraian terperinci tentang dua kesimpulan di atas, sila dapatkan majalah SOLUSI isu no.19. Huraian tersebut telah ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib pada ruangan FIZIKR-Islam dan Sains.

Selamat membaca

No comments:

Related Posts with Thumbnails