Pages

Saturday, July 31, 2010

Duhai Si Gadis

Aku baru balik dari membeli belah. Penatnya sedikit terasa sebab sepanjang perjalanan terpaksa berdiri dalam bas kecuali dari KL Sentral ke Syeksyen 2. Ok lupakan pasal tu dulu. Terbaca artikel Bukti Cinta Gadis Remaja dalam Metro tadi. Hai apa nak jadi ni duhai si gadis. Sampai sanggup mengelar lengan demi nak tulis nama pakwe yang entah jadi suami ke tak pun tak tau. Bodoh2... Ada cara lain ok kalau betul2 gian sangat nak tunjuk korang tu sayang bangat sama mas korang yang gantang2 tu. Kalau toreh tangan tu bodoh anjing namanya. Ops terlepas cakap.

berbaloikah???

Adess sakit tu toreh lengan sendiri. Sapa dah try sila tinggal komen untuk dikongsikan bersama. Terima kasih. Aku dapat tau perbuatan cilake ni dah jadi trend muda mudi zaman ni. Betul ke? Hai sape la lakhanat yang stat buat benda ni. Kasi potong kepala baru tau. Macam2 trend kita ikut yang kadang2 tak masuk akal langsung. Rasa macam bodoh je kan. Tadi aku nampak ada pompuan jadikan zip beg sebagai anting2 beliau. Macam keldai dah aku tengok. Kihkihkih... Ada otak pakai sama ok. Jangan nak melawa sampai nampak diri tu ketandusan IQ a.k.a terencat. 

Satu lagi benda yang buat guwa nak marah ni bukan apa, mesti korang suma dapat teka dah kelompok masyarakat mana yang majoriti terbabit ngan benda jadah ni kan. Haha mestilah kaum Melayu. Cayelah Melayu but nape stupid sangat. Buat benda lain boleh gak aku nak berbangga tapi buat benda macam ni. Boleh blah jela aku ucapkan. Perbuatan tu seolah-olah cipta tatu yang sah2 haram. Korang sedar tak? Yang tak sedar lagi meh sini guwa nak lempang sikit. Amacam? Satu lagi, silap hari bulan boleh kena penyakit kalau  benda yang korang guna tu tercemar. Ok ada sesapa nak try lagi? Meh sini guwa boleh tolong torehkan guna pengcungkil gigi. Nak?

p/s : Kreatif kan masyarakat kita. Malaysia Boleh!!!

Friday, July 30, 2010

Blog Duniawai vs Blog Ukhrawi

Sebuah tajuk entri yang agak panas untuk di'update'. Tapi pape pun jangan nilai sesebuah entri just dari tajuknya tanpa membaca. Kalau anda buat begitu, guwa tak teragak-agak nak kata korang bangang. Ok? Apa kata korang tenang dulu. Tarik nafas sebab guwa nak ajak korang berpikir sikit. Ok ready? Jom layan...

*******************

apa itu blog?

Bagi aku, blog ni merupakan satu tempat di mana aku boleh kongsi apa-apa yang terjadi di sekelilingku bersama korang suma. Aku bukan artis nak buat program sendiri kat kaca TV anda. So, inilah tempatnya. Selain itu, aku jadikan blog ni sebagai part time job aku. Kalau zaman dulu kala, para student buat keja part time kat 7e nak tambah pendapatan, tapi zaman sekarang just duduk depan laptop pastu muntahkan idea yang ada dalam kepala otak korang, pun boleh jana pendapatan. Tapi aku tak nak sentuh bab jana pendapatan melalui blog sebab aku tak berjaya lagi dalam bab tu. Still dalam proses.

Ok, kita sentuh lak pasal tajuk entri ni. Dalam sesebuah masyarakat, mesti terdapat beberapa kelompok yang berpikiran berbeza sama sekali. Sebab itu dalam dunia blogging, ada blogger yang manjadikan blog depa sebagai medium untuk berdakwah. Dan ada jugak yang jadikan blog depa sebagai diari online untuk dikongsikan bersama. Semua ada hala tuju masing2 dan terserah macam mana nak manfaatkan peluang yang ada. Kadang2, ada sekelumit ilmu yang terselit dari penulisan kita yang dapat dimanfaatkan oleh insan lain. So, kita kira berbakti jugak la ngan ilmu yang disampaikan walaupun tidak sebesar mana.


tingginya langit tu

Blog aku ni kiranya blog duniawi la. Tajuk je skema tapi isi takde sangat nak kongsi. Orang yang berilmu digalakkan menulis blog dari orang tak cukup ilmu macam aku ni. Sebabnya mudah, bila ada ilmu takkan nak simpan sorang2. Cilake la tu. Tak sedar ke ilmu itu pinjaman je. Kongsi2 la sama. Ha kan dah kena. Tapi masalahnya orang tu dah kongsi but pembaca pulak malas nak tuntul ilmu tu. Macam2 kerenah manusia ni. Itu la, ini la. Insan macam aku kiranya lebih baik menulis dalam keadaan macam ni dulu. Bila ilmu dah penuh di dada baru beralih arah pulak. 

So konklusinya, dakwah tu perlu dilakukan oleh setiap yang bergelar muslim tapi caranya mungkin berbeza. Ada yang secara terang-terangan dan ada yang secara sembunyi. Apa2 pun niat tu mesti betul. InsyaAllah, Allah akan permudahkan setiap urusan kita. Jangan tau nak salahkan orang je ok. Nah aku kasi sikit cenderamata untuk korang yang baca...


Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Riwayat al-Tarmizi no. 2693)



p/s : khutbah jumaat di blog guwa

Lawak Ke?

Bangun pagi on laptop jap tengok komen2 dari pembaca. Oh tidak. Komen guwa dapat sikit2 je. Malas betul korang erk. Apa salahnya sambil berblogwalking tu singgah baca jap satu dua entri guwa ni. Mana tau terpikat ke. Hehe. Semalam masa bukak fb, guwa tertawa sebentar melihat satu poster ni. Haha macam cilake sape yang buat poster tu. Posternya ada kat bawah :

apa kes ni woi!!!

Macam jadah lagi, kan? Aku nak gitau, minah tu bintang porno. So jangan la masukkan dia dalam perihal agama ni. Macam tak elok bebenar je. Amik la orang len kalau terdesak nak buat iklan pun. Guwa ada ok. Sila contact guwa kalau nak guwa jadi model syarikat lu orang. Guwa jamin syarikat lu orang meningkat naik. Ok tu tipu. Jangan buat dah ok. 

****************

Bape bulan dah erk guwa berblogging ni? Entah tak ingat. Ok pape pun guwa nak ucap terima kasih sebab ada yang sudi baca blog guwa. Guwa rasa nanti guwa nak buat website la. Ada sesapap nak bantu? Ada website baru serius sikit kan. Tapi tu la, blog guwa ni bukan blog yang cerita pasal dunia ke, pasal tutorial ke, pasal tips berblogging ke, tapi blog merapu je. Macam tak kena nak buat website kalau isi blog macam jadah lagi. Ye tak? Pape pun guwa mintak pandangan dari lu orang. Sila kemukakan cadangan di ruangan komen.

ini yang guwa nak


p/s : kalau nak buat website nak guna domain apa erk? afiqaiman.com/afiq.com/aiman.com/sekilaspena.com

Thursday, July 29, 2010

Jom Story Sikit

UiTM Puncak Alam

Nampak tak gambar tu? Ha tu la tempat guwa belajar sekarang ni. Sori la. Gambar tak elok sebab pakai SE W660i je. Not DSLR yang aku idamkan tu. Haha pape pun ok la ada jugak kamera nak ambil gambar kan. Dah lupakan bab tu. Seperti yang sedia maklum, aku student asasi engineering kat sini yang baru masuk 2nd half 1st semester. Lama lagi nak habis ni. Takpe sabar. Lagi pun kolej kat sini best sebab still baru. Ok la kan dapat jugak rasa kolej serba baru ni. Yang kat atas tu bukan kolej k. Yang tu fakulti. Nak tengok kolej sila klik sini.

Bila jadi 'budak u' ni, nak buat apa pun bebas. Sape nak amik tau pasal kita? Takde sesapa ok. So buat la apa pun ikut suka hati mak bapak korang asalkan jangan kacau hidup guwa sudah. Kalau dok mai jumpa guwa citer ada masalah guwa lepuk korang sampai lunyai. Tau lunyai apa? Nak try? Meh la. Ops lawak je tau. Ok macam ni. Kalau korang ada masalah peribadi sila jangan cari guwa. Kalau ada masalah kewangan lagi la jangan cari guwa. Senang citer jangan sesekali cari guwa, ok? Thanks sebab paham. Caye sama lu orang.

Selama guwa kat sini, guwa penah keluar sebanyak 69 kali dua kali je. Kali 1st guwa ke Shah Alam je. Yang 2nd jauh sikit, ke Low Yat. Ok la kan. Dapat jugak merasa tempat orang. Guwa tak pandai sangat nak pi ngaji oversea. So, luar dari negeri sendiri pun cukuplah. Perghh pasrah giler ayat tu. Hehe. Takpe maybe peluang tu ada lagi. Suma rezeki ada kat tangan-Nya. Ye tak? Kita just mampu duduk atas sejadah dan berdoa agar dimurahkan rezeki dari nuffnang dan mangga ads.

ni untuk korang

Haha ok la suma. Kalau ada cadangan, aku sentiasa tunggu di ruangan komen. Sila komen sepuas hati anda. Kepada yang suka blog ni sila teruskan kesetiaan anda bersama saya. Rajin-rajinlah komen sebab inspirasi saya datang dari situ. Tengok, kan dah terskema sebentar. Cilake. Haha. Ajak ramai lagi mengenali blog guwa ni. Tanpa anda sekalian, guwa bukan sesapa. Bye...


p/s : Be nice to people on your way up because you'll need them on your way down.

Wednesday, July 28, 2010

Rapat-Rapat Bersama Pembaca

Alhamdulillah. Guwa kekenyangan sebentar. Baru sampai bilik je ni. Tadi turun cafe mengcekik tengah hari. Pekena ikan keli sekor sebab dok tengok 'body' si keli tu melentik macam maria ozawa semacam je. Kihkihkih... Ok guwa curi sikit masa ni nak update 1000 ke 2000 entri baru. Satgi masuk Zohor guwa publish la tak kira siap ke tak. Lantak korang la. Tapi gerenti sempat punya. Bukan nak cerita pasal sejarah pun.

****************

apa kes guwa tarok ini gambaq

Entri ni guwa tulis sebab nak cari jalan macam mana guwa mau dekatkan diri bersama pembaca guwa. Guwa nak jugak hargai para pembaca guwa. Apa guna guwa maju seorang diri tanpa ingat jasa korang kat blog guwa ni. Tak ke cilake namanya. Ok la suma. Setakat ni, apa yang korang boleh buat nak bagi kerjasama kat kempen 'Rapat2 Bersama Pembaca' ni ialah, tu ha korang nampak tak kotak fan page tu, sila like kat situ. Tak payak pun just tekan like. Satu klik je dah cukup. Kalau korang nak guna chrome boleh lak double klik nak launch benda alah tu. Ok, yang tu 1st. Kedua pulak, kalau yang rajin, sila jadi follower guwa. Yang ni banyak klik sikit tapi setiap anda klik free. Jangan risau coz tiada charge per klik dikenakan untuk jadi follower. 

Bagi sesiapa yang lagi rajin, sila klik setiap rangkaian iklan yang ada dalam blog ni. Hey yang tu melampau. Hehehe... Ok, amacam? Payah  ke? Semestinya tak jika anda ikhlas. Apa2 cadangan nak improve blog guwa boleh hantar surat ke :

Peti Surat Guwa, 
Lebuh Raya Utara-Selatan,
No, 0 Jalan Cilake,
Mana2 Negeri Nurul Iman.

Tu kalau sesapa yang nak tulis surat lebih dari 10000 perkataan saje k. Kalau yang teringin nak email boleh buka Yellow Pages. Cari Afiq Aiman. Ok? Haha takdelah. Suma gurauan je. Kalau ada pape buka jela fb tu. Cari Afiq Aiman. Aku aktif fb je. Formspring, twitter dan yang se'jadah' dengannya ada, tetapi tak pandai guna sangat. Ceq buta IT sori la. Oh dah nak azan. Guwa blah lu k. Assalamualaikum.

p/s : sebarang komen amat dialu-alukan oleh guwa.
                  

Tuesday, July 27, 2010

Aku Bila Pulak???

Tengok kejayaan sedara Ariff Shah sekarang ni. Perghh macam artis dah. Aku yakin blogger yang selalu amik tau perkembangan blog dia asyik tulis pasal kejayaan beliau, kan? So tak payah aku nak cakap pasal tu sebab korang boleh baca sendiri dari blog orang lain. Tak pun rajin-rajinlah baca blog Ariff sebab blog dia amat berguna untuk newbie blogger macam aku ni. Ada pasal SEO la, Alexa ranking la dan macam2 entri yang berguna untuk tingkatkan trafic blog korang. Just check it out k...

************************

macam mana erk???

Kejayaan tu bukan datang bergolek ye tak? So kena la ada usaha baru boleh dapat apa yang diinginkan. Dalam dunia berblogging ni, apa yang aku ingin capai ialah : 
  • nak ada follower yang setia dengan blog ni 
  • teringin nak baca komen 'berjuta-juta' dari korang-sebagai tanda penghargaan buat sesebuah entri
  • bila suma dah stabil, nak buat domain or web hosting sendiri-yang ni perancangan masa depan
  • nak orang tau kewujudan blog aku, bukan kewujudan aku
  • nak macam2 lagi yang kadang2 melampaui batas, so malas nak cakap
Tu la sedikit sebanyak apa yang aku nak dalam berblogging ni. Amacam? Tak membebankan sangat kan. Aku yakin boleh capai suma tu. Lagi pun aku baru lagi. InsyaAllah dua tiga bulan lagi kukuh kot nama blog ni. Faktor penting yang aku kena buat nak bagi orang kenal blog aku ada satu je, yakni blogwalking. Ha aku cukup malas nak pi satu2 blog tinggal jejak. Tangan ada dua je. Masa lak terhad. So kekadang tu mana sempat. Kalau rajin korang jela tolong promote blog guwa k. Boleh claim kat nuffnang. Kihkihkih...

Setiap entri aku lak rasanya takde la meleret panjang sampai boleh buat korang lentok. Aku tak nak tulis entri yang panjang lebar lagi sebab aku takot korang bosan. Lagi pun blog ni just blog santai  je. Nanti2 la guwa bangkit dengan idea yang serius. Perghh tunggu dan lihat betapa seriusnya guwa nanti. Jangan nangis lak. Erm pasal nak update pulak, guwa tercari-cari lagi benda yang guwa boleh jadikan bahan nak berceloteh di sini. Sesapa yang nak dirinya dijadikan bahan blog guwa boleh hubungi guwa di talian... Sekian.

p/s : Sesapa yang nak jadi sifu guwa dalam dunia ni sila tampil bersama blog anda yang sudah kukuh kedudukannya...Kihkihkih lawak je

Monday, July 26, 2010

Riuh Bersama Sedara Afiq

Ya, petang2 macam ni merupakan masa untuk bebas daripada segala anasir subjek yang tough2 tu. Masa ni la aku akan guna untuk update blog ni. Agaknya berape ramai yang suka baca blog guwa ni? Entahlah. Maybe sepuluh orang je kot tak pun kurang lagi dari tu. Pape pun guwa ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi bertendang bertandang ke sini dan sudi baca nukilan guwa yang takde input langsung ni. Ye tak? Kalau hgpa perasan, blog brader2 senior tu sehari sampai lima enam entri baru depa tulis. Kalau aku tulis lima enam entri sehari alamatnya kempis otak guwa. Ilmu guwa bukan banyak mana pun. Cukup nak bagi makan anak bini je. Kihkihkih...

adakah ini gambarannya??? taknak la u

Petang2 macam ni selalunya orang turun main kat bawah kan? Aku dulu rajin la main bola, pingpong, futsal dll. Kadang2 bola jaring pun main gak. Ok, tu tipu. Eee apa kelas otot sana sini tapi dok tergedik-gedik main game bebudak pompuan. Hehe sori sedikit kecelakaan di situ. Sekarang dah malas la. Orang pun tak ramai yang turun main. Dok main menatang apa pun tak tau dalam bilik depa. Takkan aku nak pi main bola sorang2. Terasa gila pulak diri ni nanti. So bek dok dalam bilik update blog, kan? (Alasan yang agak bernas)

Erm hari ni dah 26hb Julai. Tinggal bape hari je lagi nak posa kan. Kepada yang posa khatan sunat tu syabas guwa ucapkan. Guwa tak try lagi posa kat sini. Gerenti 1st Ramadhan guwa pengsan apabila sedang mendaki tangga ala2 Batu Caves tu. Cilake. Cubaan yang agak padu la jugak kali ni. Takpe, InsyaAllah suma ok jika niat tu ikhlas. Kan2? Wah posa kali ni lain dari yang lain. Haha sape tau sebab apa sila duduk diam. Syyyy...

******************

Hai, bila nak habis stadi pun tak tau la. Aku ingat bila keja nanti aku nak pi tempat2 yang ada panorama yang indan nian. Ceywah berseni bahasa lak. Contohnya kan, Korea ke, Jepun ke. Aku suka tengok tempat yang ada panorama alam semula jadi yang ala2 wonderland gitu. Damai je rasa hati ni. Aku teringin benar nak pi tempat sedemikian rupa. Err ada sesapa nak sponsor guwa tak? Makan minum and suma disponsor sama lu orang. Amacam? Ada berani? Haha mesti suma angguk tak berani kan? 

aku suka tempat macam ni

Ok la. Pape pun ni suma just sedikit keinginan guwa di muka bumi ni. Suma orang ada keinginan masing2 so kongsi2 la sama. Ok la guwa rasa sampai ni dulu kot. Guwa dah buat jadual waktu untuk online yakni petang dan dari 11pm untill 2am je. Tu suma untuk kebaikan guwa tetapi tak tau la sama ada guwa boleh ikut ke tak timetable tu. Guwa try k. Kalau lu orang rajin, guwa jemput lu orang pi baca nukilan seorang gadis yang mengisi kekosongan hidup guwa. Klik sini... Sekian

p/s : erm sedikit luahan hati...hehehe

Sunday, July 25, 2010

Just Muntahan Idea

3.08PM... Hati kecil ni mula meronta-ronta. Jari jemari sibuk memperkemaskan diri. Tarian demi tarian bakal dipentaskan di atas papan kekunci ni. Lihatlah... Fikirlah... Bicarakan ia dengan sepenuh jiwa dan ragamu wahai sang perantau...

***************

Pergh!!! Sedikit mukaddimah yang takleh blah. Hehe. Terasa nak update blog lak saat2 macam ni. Sang mata tak bagi lampu hijau untukku tidoq. Dah la baru sampai Puncak Alam je ni, alahai... Erm takpe, aku amik masa ni untuk update sedikit sebanyak pasal blog yang ntah pape ni. Boleh jugak hilangkan rasa boring, kan? Padahal banyak lagi keje aku kena buat, saje nak habiskan masa. Dasar manusia tak pandai manage time betul la aku ni.

Ha hari ni kira last la cuti mid sem guwa bai. Seminggu cuti guwa tarak rase pape pun. Guwa bangun pagi, guwa mengcekik, guwa mandi, guwa tengok tv, guwa tidoq. Dah macam bangkai mayat hidup guwa rasa. Cuti memang best tapi slot yang terisi waktu saat2 kecutian tu yang buat jadi tak best. Try waktu cuti pi diving ke, camping ke wah cambest sikit kan. Takde la memondan sepanjang cuti tu. Asyik terperap je dalam rumah. Apa kes lu bai???

ok gak dok dalam hutan ni

Ok dah. Tutup bab bercuti yang hanya menyedihkan. Tettt..............(aku tertido). Penat kot, sebab tu letak je kepala atas bantal terus dibuai mimpi. Baru terjaga je ni teringat entri ni still tergendala. Tak best la cam gitu. Jangan buat kerja separuh jalan. So aku kembali ke laptop ni dan terus memuntahkan idea2 yang baru dapat hasil 'penangkapan' idea dalam alam mimpi tadi. Fresh lagi umpama ikan yang baru dinaikkan oleh nelayan. But apa pun, kepala guwa dah pening, guwa nak rehat sikit lagi. Cukupla dulu setakat ni entri guwa kali ni. Bace jangan tak bace...

p/s : sat je masa berlalu tapi insan dalam diri ni still tak jumpa kebenaran hakiki...

Thursday, July 22, 2010

Terima Kasih


p/s : Saje habiskan masa dengan photoshop. Teringat nak update so itulah hasilnya yang tak cantik pon...

Alahai Ayam

Adess apela nasibku malam ni. Tadi, aku turun check it out sisa2 makanan kat dapur tu. Malam2 macam ni besa la, lapaq je kejenya. Angkat tudung salji ternampak lauk pauk yang masih enak di makan. Ops ni bukan sisa ye. Takde orang sentuh lagi. Aku pun cangak bapak lagi, terus amik piring nak mengcekik la. Ayam masak ape tak tau. Aku buta resipi sori la. Aku pun mula la aksi cekik darahku dengan begitu lahapnya.
bukan yang ni ok

 Sambil dok cekik tu, aku pun terpikir nak buat satu cerita pasal termakan benda basi ni. Kiranya nak buat cerita fiksyen gitu. Untuk menghiburkan korang semua gak. Perghh baguskan aku ni. Kihkihkih... Tiba2...ada benda dok gerak2 kat makanan yang aku sedang jamah tu. Cilake ada ulattttt!!!!!!!!!!!!!!! Oh ok. Sila kosongkan jamban dua tiga hari ni. 

p/s : Nasib baik baru dua suap...kalau tak...muntah hijau aku dibuatnya...eee!!!

Tuesday, July 20, 2010

Memori Ramadhan

Sebelum tu aku nak korang suma hayati kisah seorang hamba ni. 1stly aku nak panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih bernafas sampai ke hari ni. InsyaAllah jika umur masih panjang dapatlah aku rasai nikmat puasa untuk bulan Ramadhan kali ini. Jika ada yang dah kenal aku sebelum ni mesti korang dah tau apa yang jadi pada hidupku kan. Kadang2 aku terpikir bila la aku nak berubah. Takkan nak tunggu hari tua yang kita sendiri tak pasti kehadirannya. So, aku nantikan bulan Ramadhan kali ini dengan penuh harapan agar aku mendapat hidayah Allah. Sama2 la berdoa untukku wahai sahabat.



**************************

Ok selesai mukaddimah yang sedikit skema tu. Berbalik kepada tajuk kita hari ni, Memori Ramadhan. Kita muslim mestilah kita wajib posa ye tak? Setiap dari kita mesti ada memori sepanjang berposa tak kira la posa setengah hari ke, posa makan je ke or posa yang sebenar-benar posa. Untuk entri ni aku just nak kongsi memori Ramadhan zaman aku kanak2 ribena dah la. Bila dah besar dah pandai nek kepala so banyak benda jahat yang aku buat. Tak payah la nak cerita pasal suma tu. Tak elok bro buka pekong di dada. Eh betul ke bahasa aku. Hehe lantak la.

Aku stat posa bila erk? Entah tak ingat tapi yang pasti memang dari kecik la. Zaman tu dulu memang posa yang ganjaran pahalanya full beb. Mau taknya, waktu bebudak dulu bukan tau apa lagi. Orang suruh posa kita pun posa la. Aku ni satu je bila time bulan posa ni, 1st day posa tobat muntah. Muntah lak lima ke 15minit sebelum berbuka. Budak2 kan sementara nak besa macam tu la. Tapi bila dah besar takde la 1st day posa pun muntah. Malu la. Telan balik kalau nak muntah pun. Eeee loqlaq. Cilake...kihkihkih.

Ha sekarang kita masuk bab nak mengcekik lak. Macam besa la bila masuk je bulan Ramadhan para mak tak payah pikit soal nak masak. Suma makanan untuk mengcekik darah bila azan maghrib berkumandang ada dijual di bazar Ramadhan. Just tunggu kat rumah sambil layan upin ipin sementara encik bapak berkorban masa pi shopping kat bazar tu. Kalau aku ikut encik bapak macam besa la, suma benda nampak sedap di makan begitu sahaja. Bila time bukak nah, sentuh pun tak. Ha kan dah bazir. Besa la nafsu makan bila tiba bulan posa ni sape tak tau kan. Apa yang kita nampak sedap pakai nak rembat je tanpa pikir panjang. Last2 makanan tu masuk dalam perot tong sampah. Kecelakaan je suma tu.

nah amik kau ramai giler


p/s : Nantikan bulan posa ini dengan penuh debaran. Manfaatkan bulan posa kali ni sebab bumi ni dah tua takot tak sempat nak rasa bulan posa tahun hadapan...

Monday, July 19, 2010

Sembang Petang

Celik je mata dah petang.  Adess rasa rugi pulak tdoq tadi. Mau taknya, lepas mid sem break ni ada test komputer lak. Tutorial fizik pun tak buat lagi. Tutor dah bagi warning keras kalau sape tak siap keje yang beliau bagi dikira tidak hadir kelas pada hari tu. Cukup tiga hari tak hadir maka familiku kat kampung ni bakal menerima sekeping surat cintan dari pihak U. Perghh so cruel...Takpe, berani buat salah berani tanggung la. Baru jantan namanya. Kihkihkih...Jom kita layan sambil pekena secawan kopi ngan sedikit kuih muih.



****************

Kepada hgpa suma, aku memang ketandusan idea sangat2 ni. Tak tau nak tulis apa. Tu la padahnya kalau malas membaca ni. Aku ni memang pemalas sikit. Tau nak benda mudah je tanpa usaha dulu. Tadi dalam 'muka buku' pun kena sound dah ngan sedara Zack. Kihkihkih sori la bro susahkan hg. Aku usaha sendiri pun dapat gak, saje malas. Petang2 macam ni apa topik yang kaw punya kita nak sembang erk??? Nak bercakap pasal Malaysia yang aku sendiri tak tau hujung pangkalnya, ewww tak la tobat tertidoq satgi. Lagi pun ceq ni bukan pandai nak berpolitik ni. Silap satgi ha mau ISA jadi destinasi ceq seterusnya. No men!!!

Kalau aku nak story pasal kekejaman Zionis kat sedara mara kita nun jauh di bumi Palestin tu rasanya korang pun tau apa yang jadi. Dalam facebook pun bercanggah page yang korang like berkaitan isu tu tapi sekadar like jela. Ye tak??? Tak payah tipu la. Erm k. Kalau nak cakap pasal tutorial blog pulak lebih baik korang tak payah caye kat aku. Aku baru je dalam dunia ni. Aku tak tau banyak benda lagi. Kalau nak tau pasal tutorial kejadah apa ni pi baca kat blog orang len. Aku bukan jenis tamak, suma nak bedal kat aku sorang. So pi la baca blog orang len sama. Boleh mempelbagaikan ilmu di dada. Ye tak??


Alamak korang...dah nak maghrib la. Sori la tak sempat nak sembang. Mak kite cakap an jangan balik lewat2 ada setan ikut satgi. Tak nak ah kite akot auw. Kihkihkih kite blah dulu k. Tatatititutttttttttttt...Maaf talian terputus...Arios amigos


p/s : Macam ni la bila ketandusan idea tapi sangap nak mengupdate blog. Padan muka...

Sunday, July 18, 2010

Slot Merapu Malam Minggu

Anda kini sedang nyenyak dibawa belayar bersama bahtera merapu meraban di Sekilas Pena. Aku akan jalankan sedikit peng'update'an sebagai langkah berjaga2 untuk menarik lebih ramai pembaca ke blog ni. Kepada semua pihak yang ada 'cable' yang kuat, sila gunakan 'cable' anda untuk memperkenalkan blog ni kepada orang lain. Trimas...

**************


Takde apa yang aku nak story sebenarnya. Just nak gitau aku dah boleh lukis guna photoshop. Trimas kepada En. Zack atas tutorial yang beliau ajar kepadaku tadi...Cyelah.
baru testing ok!!!

Friday, July 16, 2010

Segmen Wanita Bersama Dr. Afiq

Ehem Assalamualaikum suma para pembaca sekalian. Hari ni dalam segmen tajaan, kita bersama Dr. Afiq, pakar segala penyakit dan turut menyebarkan penyakit. Penulis kali ni nak membawa anda sekalian merangkak lebih jauh dalam bumi ni nak menyingkap ragam insan bernama manusia. Kita akan menyusur satu persatu kisah hidup khalifah yang diciptakan-Nya di atas muka bumi ni. Tetttttttt..........Mukaddimah yang macam cilake tamat setakat itu...

**************

Tadi Idham Hakim(membe) ada tag aku dalam sekeping A4 yang agak style la jugak. Aku ni bukan alim sangat nak komen2 pasal benda ni tapi just nak bagi opinion jelah. Nak trima ikut suka tak nak tak payah kata apa. Understand???


Ha yang kat atas tu la A4 yang dimaksudkan. Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki. Amacam suma, boleh tak ni aku nak teruskan? Ha lantaklah ni kan blog aku. Bukan aku boh gambaq blue pon. Apa yang hgpa faham ngan gangguan seksual terhadap lelaki ni? Aku pun tak tau sangat pasal ni tapi aku cuba k. Bagi aku la, gangguan seksual terhadap laki ni jadi bila si wanita ni mula dedahkan aurat sana sini. Dedah sana, dedah sini perghh smat siot!!! Mau tak ganggu, kacau bilau nafsu dibuatnya. Wanita ni senang je cara gangguan seksual dia kat laki, tak payah dok pi meraba, pi 'tayang' yang mana patut sudah. Amacam stuju??? Ha setel bab definisi gangguan seksual. Haha.

Kadang2 aku ada jugak dengar orang dok kata " Depa(kaum hawa tapi bukan suma) ni awat? Aku bagi sluar elok depa bagi ketat. Aku bagi kain labuh depa bagi singkat. Kalau aku tak bagi apa kot baru tau." Ha kalau yang tu takpe lagi. Aku takot ni yang depa kata "Aku bagi seluar elok depa bagi ketat. Aku bagi kain labuh depa bagi singkat. Aku bagi tettttttt...baru ketahuan kot." Nah kalau yang tu punggah hgpa si kaum hawa oi. Bukan niat aku nak jadi alim ulama kat sini. Aku pun sedaq diri aku sapa. Tapi aku sekadar nak kongsi pendapat. Tak salah malah amat digalakkan ye tak? So no point di sini just tengok balik diri tu pastu nilai sendiri. Adakah selama ini anda yang memberi gangguan seksual kepada lelaki? Anda saja yang tau jawapannya. Arios amigos...

p/s : Sebuah entri just suka2 sebab di'tag' tadi dalam facebook. Sapa terasa padan muka hgpa...Kihkihkih

Cerita Masa Haluih Dulu

Ni aku nak buka cerita masa aku haluih dulu. Tapi sebelum tu hgpa tau tak haluih tu apa? Haluih tu equal to kecik la. Besa la aku ni kan Kedah mari so macam ni la loghat aku. Tak payah dok buat pelik. Idea nak tulis entri ni mai waktu dok ralit baca blog sedara ZackZukhairi. Best blog mamat tu. Kalau rasa nak hilangkan duka nestapa situ la tempatnya. Jemput la pi sana. Zack aku sedang buat promosi blog hg ni. Ok tak? Hehe...

**********************

Dulu waktu kecik aku ni memang jenis suka isap puting. Puting yang aku maksudkan macam gambar kat bawah ni...Jangan salah tafsir ok
Ha tu la yang aku maksudkan. Cilake kalau hgpa pikir lain. Aku masa kecik dulu memang gian gler ngan benda alah tu. Balik dari tadika terus cari benda tu. Selalunya ada dua. Satu unntuk isap dan satu lagi untuk gelintir(xtau specific word dia) kat muka. Macam bodo je kan. Memang pon. Aku isap benda alah tu sampai umo 6thn kot. Cilake dah besar pun isap lagi buat malu kaum je. Haha tapi tu suma cerita dulu kala. Sekarang tak isap dah. Kalau isap lagi aku taknak idop dah. Malu sial!!! Habit tu sekarang dapat kat adik laki aku lak. Banyak gler koleksi benda alah tu. Ada yang dah koyak gara2 digigitnya tapi ayah aku simpan. Nak bagi bila dia besar nanti. Ha padan muka hg. Boleh buat hantaran masa nak kawen nanti. Hahaha.

Macam mana aku berenti dari isap benda tu erk? Ha my mom gtau macam2 cara dah dia ikhtiar nak bagi aku tinggalkan benda alah tu tapi tak berjaya gak. Last2 satu hari ada musang masuk umah ke apa xtau tak ingat. Tapi memang ada la musang hari tu, aku nampak sendiri. Ha takot gler la time tu kan masih kanak2 ribena lagi. Pastu aku mintak puting nak isap. Tau my mom kata apa? Tu ha musang tadi dah amik puting hg. Nah cuak aku. Tak mintak dah lepas tu. Takottttttt...Yang adik aku lak lagi teruk. Boh cabai la, sambal la kat puting tu tapi dia pi basuh pastu isap balik. Payah betul jenis tu. Kalau koyak satgi suruh ayah aku kluar beli la kat kedai. Tak dak puting = tak tido. Cis!!! Isap satu je tapi yang buat spepart perghh belunggok(banyak). Yang tak celah hidung pun ada. Takleh blah betul. Satu lagi perangai aku masa dulu kala ialah aku suka suruh orang buat sekali lagi apa yang depa buat. Orang baru sudah berak aku suruh berak sekali lagi tak ke cilake namanya. Nak melabur apa pulak pun tak tau... Apa pun tak payah gelak kat orang. Hgpa pun ada kan cerita lucu zaman kanak2 ribena dulu. So biarlah jadi kenangan terindah kita. Bukan kita boleh balik ke masa dulu dah. So hanya ingatan je yang boleh bawak kita balik ke masa dulu. Jangan biarkan ingatan sewaktu kecik dulu hilang macam tu je.

p/s : entri ni aku nukilkan sempena ponteng lecture math kali pertama...cilake!!!

Balik Kampung

Malam ni kita kasi rileks sikit kita punya fikiran noh. Amacam ok suma? Ha malam ni bro Afiq nak sembang2 pasal balik kampung bersama u all suma. Are u ready kids? Jom kita layann.........

*************

Aku sekarang sedang menghitung jam nak balik ke kampung halaman. Dah lama rasanya tak balik kampung. Daftar masuk asasi kat Puncak Alam ni 23 Mei yang lalu dan semenjak itu jugak la aku tak penah jejak kaki kat rumah lagi. Wah lama bebenor eden tak balik ni. Rindu tak? Ha jujur la aku katakan aku sebenarnya takde la rindu sangat sebab sebagai lelaki ni aku lebih suka pi jalan merata dari dok terperap kat rumah macam sakai je. Muahaha. Memang jenis takleh dok diam kat rumah. Keja nak kluar je tapi takde geng lak nak ajak lepak pon. Pi disco ke clubbing ke surau ke lepak2 baru best sambil ngorat anak Mak Timah hujung kampung tu kan. Piwett cun siot!!! Haha aku tipu je. Setia beb kihkihkih...

Aku yakin dan teramat pasti yang suma budak asasi kat Puncak Alam ni mahupun yang sewaktu dengannya dah gian nak tidoq celah ketiak mak depa. Anak manja la katakan tapi bukan suma tau, sapa makan aiskrim dia terasa kancing giginya. Kalau ada sesiapa antara anda yang student sini jugak say hi aku nak tengok sikit. Aku hari sabtu ni baru nak berangkat pulang. Balik lewat sikit pun takpe. Bukan balik raya pun nak kalot2 ye tak? Pagi sabtu tu baru nak balik nek bas Transnasional je. Kita mana mampu nak nek bas bertingkat2 tu (walhal takot terbalik..nauzubillah..hehe). Baru mengaji dalam negara dah rasa suasana nak balik kampung. Kalau dok ngaji kat Russia ke ha macam mana egkau raso? Mau tubik airmata jugak la dibuatnya. Sambil dengar lagu Sudirman pulak kan, perghh layan siot!!!

Apa aku nak buat bila sampai je kat rumah nanti erk??? Ha aku nak pi merempit la. Dah lama tak pekena angin kencang 100km/h secara natural ni. Rindu kat moto gua tu. Err rasanya mampu lagi tak dia nak beraksi dengan gua kat batas ban tu nanti. Korang caye ke tak aku story ni? Trima jelah dan telan bulat2 k suma. Tapi tu la, aku tak rasa sangat suasana balik kampung sebab aku dok kawasan yang agak maju nun jauh di sana. Mana ada dah mood balik kampung macam dulu kala. Kalau dulu sungguh la muda mudi pi merantau pastu dah failed hidup depa kat sana baru balik kampung. Mula la mintak simpati balik nak hidup ngan mak pak. Awal dulu tau lari umah je semata-mata nak keja kat bandar (pengaruh drama beb). Best gak kalau famili aku dok kampung tapi ni tak, umah taman yang jadi pilihan. Bersyukur la ada gak tempat kediaman kan. Balik nak men ngan adik2 aku la. Macam dalam gambar ni..............


Padan la gambar ni ngan aku adik bradik. Aku pakai ken pelikat merah tu, adik pompuan aku pulak tu ha yang dok usha kain aku. Ade apa dik? Biawak kew? Yang sorang lagi pulak adik jantan lelaki aku. Yeah lawan dia bajak hitam...Haha lakonan semata-mata. Tidak ada kaitan sama ada yang telah pitam mahu pun yang sedang pengsan. Tett...........Apa kau merepek ni setannnnnnnnnnnnnnnnn.....Cilake!!! Ok la suma tamat... Jom tido esok ada kelas Math bersama Dr. Hwang lak. Nite suma...

p/s : Kepada yang nak balik kampung, pandu cermat jiwa kassim selamat. Jumpa lagi suma InsyaAllah...

Wednesday, July 14, 2010

Seribu Satu Persoalan

Entri ni sebenarnya aku nak tujukan khas buat si 'guest' yang sering munculkan dirinya dalam shoutmix chat box aku tapi haram sampai la aku tak tau sape mamat or minah ni. Sebab hg sorang aku terpaksa wujudkan satu entri khas. Cajnya satu huruf yang ditaip bersamaan seduit/1sen. Nanti lepas siap entri ni hg kira ada brape huruf pastu masukkan dalam akaun bank aku.

Siapa si guest sorang ni? Bikin huru hara blog aku dibuatnya. Setiap hari mesti si guest ni mai kat blog aku pastu tinggal komen berpuluh huruf then blah dari sini. Cilake kau. Aku bukan nak marah tapi biarla perkenalkan diri anda agar semua orang tau siapa anda. Jadi la follower ke tak pun biarlah ada nama kat ruang tu. Aku sebagai empunya blog ni nak jugak tau siapa si guest ni. Tak kan nak jadi secret admirer lak kot tak best la cenggini. Sini bukan tempat penjenayah dok lepak yang takot sangat tu. Sini tempat cool je. Siap boleh bawak nenek korang lagi bagi dia hepi famili. Hg komen pape pun aku tak kisah sebab aku jamin apa yg hg komen dalam blog aku takkan kena tahan ISA punya. Cayelah...
Kalau la si guest yang dimaksudkan macam gambar kat atas ni perghh smat siot!!! Aku patut berbangga ada jugak gadis ayu yang sanggup baca blog lelaki macho macam aku ni. Haha giler hebat. Tapi pape pun tak kisah la rupa macam mana asalkan hati tu baik bro. Aku harap lepas ni kalau yang dimaksudkan terbaca entri ni dapat la dia menginsafkan diri seraya amik tindakan drastik dengan tidak memakai gelaran guest tu lagi dah. Harap maklum k...

Ok la suma. Aku nak tunggu apa tindakan selanjutnya daripada si guest ni. Sementara tu aku nak cari idea nak post satu lagi entri untuk malam ni. Chow dulu bye

p/s : entri untuk peringatan bukan untuk marah2... 



Kegersangan Idea

Wah tajuknya pun nampak gersang dah. Apatah lagi isinya. Mesti entri kali ni sedikit gersang bersama idea yang tidak berkembang. Idea dalam kepala otak aku ni bukan mai sebulan sekali macam cik siti dan cik tipah kat luar tu. So kekadang tu mesti la aku jadi blur tak tau nak tulis apa. Ala mesti semua blogger pernah merasainya betul tak? Tak payah tipu aku la. Orang lain kalau takde idea depa tak tulis takot mencemarkan reputasi blog depa dengan mempublish post yang macam cilake tapi itu bukan cara aku. Tak kira la entri tu smat siot atau tak, aku tetap nak publish gak. Lantak la blog aku. Tak nak baca sudah tapi satu je, klik la selalu kat iklan yang muncul setiap kali korang masuk sini ya. Muahahaha...

Apa aku nak story kali ni erk? Takkan nak cerita pasal WorldCup yang sudah melabuhkan tirainya kot. Kuno betul. So nak story apa sekarang ni. Erm ok lah. Malam ni kita ngomong sikit pasal keinginan aku dan kemahuan aku kat muka bumi ni. Simple je entri kali ni. Just memenuhi ruang post yang agak berhabuk ni. Aku sekarang dalam proses nak kumpul duit nak beli sebijik kamera. Aku memang minat kalau bab berteknologi ni. So suma dah ada. Laptop ada, photoshop pun pandai guna dah but satu lagi takde iaitu DSLR. Bila la korang nak belikan untuk aku. Mana tau ada antara korang yang bermurah hati nak bagi sebijik kat aku kan. Kalau ada gitau la nanti aku emailkan alamat rumahku. Hahaha macam cilake bila jadi pengemis kat blog sendiri.


Ha amacam ni la yang aku nak tu. Smat siot!!! Cuba bayangkan korang jumpa aku kat tepi jalan sambil snap gambar sana sini, apa korang rasa? Mesti tak rasa pape sebab bukan korang punya. Aku ni ha mestila best tak terkira 123 sebab apa aku nak dah dapat. InsyaAllah aku kerja nanti benda 1st aku nak hadiahkan untuk diri sendiri adalah benda alah ni la. Alamak aku baru ingat, cilake!!! Aku kena siapkan mind mape untuk kelas komputer pagi esok. Sial macam mana boleh lupa. Ok suma aku blah dulu. Err nescafe se'jag'. Arios amigos nite suma.Nite M'sia dan paling penting Gud Nite Sayang. Luv U Mmmmmmuuuahhhhhhhhhh. Ops sori

Sunday, July 11, 2010

Bila Perantau Mula Merantau...

Hari ini, 10/07/10 bersamaan 27 Rejab kot, kalau tak silap la, seperti yang telah dirancang bersama teman sejihadku, kami pi ke Low Yat sebab nak beli sedikit barang peribadi komputer dia. Aku panggil dia Abe Amir. Budak Terengganu. Kami ditemani oleh seorang lagi rakan iaitu si Apit, kawan lama sekolahku. Angin kus-kus yang bertiup kencang pagi ni membuatkan seluruh badanku terasa amat sejuk. Nak pakai jaket satgi ada orang dok kata sana sini lak. "Tengok mamat tu pakai jaket. Ingat ni Australia ke yang sejuk sangat tu." bisik si cilake dalam nada sinis. Tobat cilake kalau kata macam tu depan aku. Dah. Sambung citer...

Aku ni sebenarnya tak penah lagi nak pi Low Yat tu nek bas. Penah pi skali tu pun paksu yang bawakkan. Setiap ahli 'rombongan' yang ikut trip kali ni pun sama je macam hamba ni ha. Pakat tak tau nak pi macam mana. Puas tanya tourist guide takot sesat lak nanti. Pukul 7 lebih macam tu la, kami pun tunggu bas nak ke Seksyen 2. Sampai je kat situ aku terpikir, kalau aku nek bas U80 macam orang kata tu memang la aku sampai KL Sentral tapi macam mana aku nak tau tempat tu KL Sentral. Ada rupa macam Shahab Perdana ke tak pun macam pasar kat arab tu???



Ha so apa aku nak buat. Apit pun kol la kawan aku sorang ni yang dok kat UiTM Shah Alam, Aziz namanya. Ajak dia la tunjuk tempat senang sikit. Kami pun teruskan perjalanan di bumi orang ni. Mak ayah cek dah besar, dah boleh berdikari, lihatlah dunia, aku sedang merantau tanpa kehadiran kedua orang tuaku. Yeehaa...Sampai KL Sentral jumpa la dua sahabat kat sekolah lma dulu, Mae dan Aida. Nasib baik jumpa depa boleh gak depa tunjuk cara nak pi tempat yang dituju sebab si Aziz pun tak tau sangat. Besa la still newbie kat sini. Cara-caranya mudah je:
  1.  Lu beli tiket monorail ke Imbi (RM 1.60)
  2. Pastu lu jolok tiket tu dalam mesin apa tak tau. Ingat kena amik balik kad tu. Aku tadi nyaris2 tak amik. Nasib baik kawan habaq. Kalau tak...
  3. Cangak apa lagi. Tiket ada dah nek jela 'rooler coaster' tu
  4. Dah sampai. Awat tunggu bapak apa lagi turun la. Bayar sampai Imbi je nak nek lebih lak...
 Akhirnya Low Yat di depan mataku. Jom cari external hard disk yang kawan aku nak tu. Aish kawan2 lama ajak tengok wayang lak kat TS. Alahai ok jelah. Haha ni kali yang ke 1st penulis blog ni nak tengok wayang. Alangkah kunonya aku. Alahai. Tapi takpe sebab filem 1st aku tengok dalam wayang ni 18PL (18 Paling Lucah). Tajuk dia Predator. Citer omputeh tu. Wakaka...Jadi perak seketika taktala masuk panggung tu. Gelap. Mau jatuh aku time nek tangga ni satgi. Redah jela...Bukan orang kenal pun kalau tersembam kat situ. Berfikiran positif aku ni. Hahaha

Selesai tengok citer tu seluruh isi perutku berteriakkan. Afiq!!! Hg tak makan lagi ni. Cepat isi stomach hg ni. Pastu kami pun pi la makan kat McD Bukit Bintang tu. Wah jauh aku pi hari ni noh. Bangga2. Selesai makan, salam2 sikit ngan kengkawan lama pastu balik la. Hujan pun dah mula membasahi bumi. Buatnya bertambah lebat tak balik la kami.

Bla..bla..bla so sampai la kat Seksyen 2 kembali. Kena tunggu bas bersignboard U90 baru dapat balik ke Puncak Alam ni. Tunggu punya lama, bas tak kunjung tiba jugak. Asar dan Maghrib di situ la jawabnya. Pastu sebijik bas lalu tapi tak berenti pun, cilake punya drebar. Aku tunggu lama hg buat macam ni pulak. Takpe kami tunggu the next busted bus jela. Jam dah pukul 8 lebih ni. Sekor bas pun tak muncul. Perut mula meronta kelaparan ni. Apa mau buat, sabar dan terus sabar jela wahai si perantau oi. Ha sampai jugak tapi giler ramai orang berebut nak nek. Lewat dah kan. Nasib baik ada lagi sekor bas lepas ni. Kiranya yang lagi sekor tu last bas ke Puncak Alam untuk hari ni. Tunggu yang tu jela. Sambil tunggu kami pi isi perot dulu kat kedai makan berhampiran. Pekena ABC malam2 macam ni. Pergh menggeletar sejuk.

 Akhirnya bas yang ditunggu tiba. Alhamdulillah tak jadi tido masjid malam ni. Kalau terlepas bas akhir ni jawabnya jadi geng tabligh la kejap. Pi tido mana2 masjid pastu boleh bangun 'qiamullai'. Ceyh blah la qiamullai hg. Takleh caye. Ok tamat...Nak kena buat assigment lak ni. Err kopi secawan


p/s : Kepada rakan2 yang aku temui tadi, nice to meet you all again. Lama tak tengok korang akhirnya kita berjumpa lagi walaupun sekejap. Trimas semua

Saturday, July 10, 2010

Aku Terkena

Laptop ni memang la...Ada ke dia buat cilake kat aku malam ni. Sepatutnya malam ni aku dah habiskan satu bab dalam buku Gian Coli tu tapi gara-gara menatang ni stadiku tertangguh. Citernya macam ni........................

Tadi kan kite guna laptop untuk baca blog kawan kite ngan blog kite sendiri. Yela kite cewi lagi ngan blog kite. Sebab tu kite asyik buka je blog kite tgk ada komen ke tak. Kalau ada kite gembira tak terkate. Kalau takde kite rasa mcam cilake. Penat kite tulis tapi takde hasil. Kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri datang cari kite mau terkentut kite nak jawab. Lepas kite guna tadi tiba giliran roomate kite guna lak. Dia nak download lagu apa benda entah. Tiba-tiba kecelakaan datang apabila laptop kite hang/jam. Kite pun tanpa rasa belas kasihan terus unplugged charger laptop tu dan cangak bapak lagi, terpadam la menatang tu. Kite dah cabut bateri dia awal lagi. Adess.Takpe kite on balik. Lepas tu kan kite trus nak serve internet. Arghh takleh connect la pulak. Asyik nek proxy jadah apa tak tau. Kite pon dengan rasa sedikit cuak terus cari mechanic, nak suruh repair kite punya laptop la. Jumpa la mechanic sorang yang amat berbesar hati nak bantu kite. Berjam jugak la kite tunggu si mechanic tu repair kite punya laptop. Hasilnya sedikit hambar. Tak leh connect jugak la sial. Aku nak marah la ni. Banyak kali dah aku try dia buat hal lagi. Suma aku bagi dah. Tengok blue movie la. Tak puas hati lagi ke laptop sekor ni. Jangan buat hal ngan aku la bangang.


Aku pun tanpa rasa kemaluan malu terus pi mintak tolong kat housemate aku sorang ni. Tak sampai seminit siap masalah ni. Benda mudah tapi sebab kite yang tak tau jadi payah la. Cilake!!! Masa aku terbuang macam tu je. Nasib baik hg laptop aku yang 1st, kalau tak...Aku rasa diperbodokan oleh teknologi zaman sekarang yang begitu rumit untuk difahami tapi begitu mudah jika didalami. Wah sastera cayelah.Piweetttt !!!



p/s : len kali orang suruh belajar jangan lawan...kalau tak jadi macam ni la..padan muka hg Afiq..rasakan...

Friday, July 9, 2010

Wajah Baru

Hai suma. Gempak tak korang tengok header terbaru aku tu. Yang tu je yang paling canggih yang aku mampu buat dalam masa terdekat ni. Buat sendiri tu. Tapi guna brush yang minah mana buat pun tak tau. Kalau korang perasan ada nama orang kat mata tu kan. Nama minah tu la. Kira ok la aku tolong promote nama dia dalam blog aku. Sepatutnya kena hulur sekupang dua jugak la kat aku ni. Takpe aku baik hati. Ceywah padahal aku yang guna hasil kerja ni dengan menciplak brush dia tu. Takpe lupakan je.

Mana Suma Orang Ni???

Alahai tak best la cenggini. Sunyi sepi je blog aku ni. Takde ke sesapa nak meriahkan blog aku ni. Cuba bawak satu kampung mai sini ha baru meriah sikit. Kali tu boleh la buat kenduri sakan. Ni takde sapa so aku pon takleh nak adakan jamuan untuk hangpa sebab bajet 2010 tak mencukupi lagi. Aku pon makan maggi je tau tak. Setiap hari mengadap makanan rasmi orang 'bujang' ni. Lama-lama mati gak makan benda lah ni. Tapi nak buat macam mana, hangpa suma tak support aku. Aku nak hidup macam mana ni. Kasihanilah hamba wahai saudaraku sekalian. Aduh sedih bangat nih. Huhuhu...

Aku nak tido dah ni. Makanan cilake tu buat perut aku rasa macam haram jadah lagi. Serik2..Haha. K chow

Thursday, July 8, 2010

Give me FREEDOM!!!

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher...Amboi pandai, give me freedom la apa la.Aku punya freedom mana lak? Lani senang je. Aku nak freedom tu. Sejak bermulanya FIFA Worldcup 2010 ni, freedom tu hilang demi aksi kurang cantik pasukan ternama dunia. Tinggal brape hari je lagi sebelum semua ni berakhir. Aku sebagai laki mestila tak nak lepaskan peluang ni untuk tengok aksi menarik berpuluh orang insan berebut sebiji bola yang diberi nama Jabulani a/l Adidas. Macam2 skill ditonjolkan demi satu piala. Aku bukan apa, dari dulu sampai sekarang takde peluang nak tengok suma ni life. Bapak aku mana pasang astro pun kat umah so nak tengok international punya bola kat mana. Dah dok kat sini ada astro so jadi perak badak la. Tapi mana men tengok astro bersama rakan sekalian. Kite tengok online la bro. Baru ada privacy sikit.

                                                          ************************

Amacam game pagi ni? Lu mau bikin angkat ka guwa punya laptop? Guwa rasa guwa tak sihat la nak bangun 'qiamullai' dengan lu orang pagi ni. Aku tak sihat sikit la. Tapi pagi esok ada game best punya. Antara si German vs Spain. Sapa nak bertaruh dengan aku. Sekupang untuk satu gol dan gincu. Ahaks...Lagi pun esok ada kelas sampai pukul 6 la bro. Tak berdaya aku nak hadapi hari esok kalau aku bangun jugak pagi ni. Takpe la bro. Hang bangun tengok pagi ni pastu esok hang rojer aku. Haha selesai masalah. Tapi sayang pulak kalau aku lena dibuai mimpi indah yang aku tak pernah ingat tu. Bek aku bangun. Dah kemuncak game dah ni. Memang cilake la game ni sebab melalaikan aku. Macam fesbuk gak. Benda alah ni selalu bikin aku panas je. Aku ni pulak jenis yang tak brape pandai manage time dengan bijak so depa ambik kesempatan la nak perdajalkan masa aku. Cuba bagi aku freedom macam dalam lirik tu. Takde la rasa macam  ni sangat.

Nak bangun ke tak?

Sabaq sat aku nak pikir ni. Bangun ke tak...erm...erm...(2jam kemudian)...erm...Arghh!!! Tengok la macam mana. Kalau sampai seru aku bangun la buat tahjud ke apa ke. Lani aku nak stadi dulu jap. Cakap nak stadi brape kali dah tapi tak stadi sangat pon. Asyik dengan laptop ni je. Cilake betul. Ok la. Apa2 rojer aku k. Kol je no. ni-999 pastu cakap kat dia nak cakap dengan aurthor sekilas pena mesti dia bagi punya la. Jangan caye lah. Ok aku blah dulu untuk sesi tafakur aku malam ni. Arios.Yip2...

Tuesday, July 6, 2010

Aku Nak Jadi...

Apa hg nak jadi En. Penulis? Dasar tak tau bersyukur. Haha jangan marah bro. Biaq kat aku nak jadi apa pun asalkan aku tak kacau mak tiri sebelah laki mak hg sudah. Takde pape yang serius pun untuk entri kali ni. Jari ni ha tergedik-gedik sangat nak menari atas keyboard ni. So atas dasar simpati aku pun merelakan aje. Dalam otak aku takde pape dah. Kosong...gelap...dll. Aku menggagahkan juga jariku ini untuk menaip beribu-ribu huruf untuk dicantumkan membentuk sebuah entri yang tak gempak langsung. Aku bukan macam Encik Ariffshah dan Zackzukhairi yang setiap post depa mendapat sambutan yang meletup-letup. Saya baru nak belajar. Bagi la kat aku masa sikit nak kenal dunia sebenar seorang blogger ni. Ingat mudah ke nak jadi insan macam depa. Tambah-tambah aku ni yang low profile. Takde sapa pun kenal sapa mamat ni. Haha pape jelah asalkan aku bahagia dan tak kacau korang suma.

Superman???

Takkan hg nak jadi mamat 'sewel' ni kot? Jawapannya kalau perlu pakai underware kat luar mestila NO!!!! Ada ke sampai tak ketahuan bengong pakai spenda(seluar pendek dalam) kat luar. Tapi kalau nak jadi macam 'beliau' dalam bab bantu orang mestila nak. Baru nampak ke'macho'an sikit. Baru orang mula nak cakap pasal mamat sorang ni. Kali tu sibuk satu Malaysia cakap pasal aku. Ceywah berangan no. 1. Haha...

Peringatan...

Kepada sesiapa yang baca blog ni, jangan la sekadar memenuhi ruangan Apa Kata Anda je...Ni ha tempat nak komen banyak kosong lagi. Nak simpan buat pe. Takkan aku tulis aku komen. Melampau la tu. Haha mengada betul aku ni. Gegeh + pulun nak suruh orang komen. Takpe aku tak kisah. Korang bukan kenal pun aku sapa. Yang kenal pun boleh kira ada berapa je. Ok lah. Malam pun dah makin nak siang. Tak sempat lak nak dibuai malam yang gelap gelita ni. Kepada sesiapa yang still study or stadoq, teruskan sesi jihad anda selagi anda mampu. Nah aku bancuhkan secawan kopi untuk anda. Khas dari Afiq Aiman...Gud nite suma...

Berbicara Tentang Cinta

Setiap insan akan merasa nikmat cinta suatu hari nanti. Tidak kira peringkat umur. Tapi adakah cinta yang disulam itu berkekalan? Sekuat mana cinta itu untuk memastikan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat?

Apa Itu Cinta?

Ramai orang bercakap tentang cinta. Tapi ramai orang tak merasa nikmat cinta itu sendiri. Love is like ghost whose everybody talk about but a few have seen. Perlukah cinta itu dalam diri manusia sebenarnya? Entahlah. Aku tak dapat nak bagi jawapan yang tepat untuk setiap persoalan di atas. Aku pernah melaluinya dan sedang melaluinya. Tidak semua yang berlaku atas dasar cinta membawa kebahagiaan. Tidak mengapa. Mungkin semua itu ujian yang datang silih berganti untuk kita terus ingat yang di atas sana. Kalau semua itu tak berlaku maybe kita alpa akan segala suruhan-Nya. Aku insan yang selalu leka. Mengapa? Adakah cinta itu sendiri yang menyebabkan kita jadi macam ni? Kadang-kadang aku akan katakan ya disebabkan bercinta membuatkan kita asyik dibuai perasaan yang kita sendiri tidak tahu di mana hujung dan pangkalnya. Cinta yang disemai seeloknya diikat dengan satu ikatan yang sah agar setiap perbuataan yang dilakukan diberkati oleh-Nya. Perkahwinan merupakan jalan penyelesaian untuk menghalalkan setiap perbuataan antara kedua pasangan.

Tapi dimana silapnya?

Bercinta sudah. Berkahwin sudah. Nak apa lagi? Persoalan yang memeningkan kepala. Mestilah kebahagiaan rumah tangga yang dicari. Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan kebahagiaan rumah tangga muncul di setiap sudut kehidupan mereka. Insya-Allah jika rumah tangga itu diberkati maka kebahagian itu akan muncul silih berganti. Hanya berdoa dan tawakal menjadi pedamping diri di setiap hari. Mungkin kadang kala perselisihan berlaku. Asam garam kehidupan biasalah. Tapi jangan melampaui batas. Mungkin perselisihan itu menjadikan kita semakin akrab. Mungkin hidup ini sunyi tanpa gelak tawa pasangan dan berasa suram jika tidak diiringi dengan muka masam pasangan yang sedang merajuk. Semua ini menjadi asas untuk kita bijak mengambil peluang mengeratkan lagi hubungan itu dengan cara memujuk dan bergurau senda.

Komen anda...

Ha apa pulak komen anda sekalian tentang entri terbaru aku ni. Kepada sesiapa yang tau pasal diri aku jangan fikir bukan-bukan pulak. Entri ni tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Just renungan dan perkongsian ilmu bersama kalian. Kepada yang tidak suka aku mohon maaf jika terguris hati mana-mana pihak. Tidak ada niat lain, just mengimarahkan sesi berblogging aku kali ini. Harap kamu semua enjoy membaca entri terbaru aku ni. Ingat tau, "Love is like ghost whose everybody talk about but a few have seen." Renung-renungkan...

Monday, July 5, 2010

Selamat Malam Malaysia

Penat betul hari ni. Nak stadi lagi. Nak tulis blog lagi. Macam-macam la nak kena buat selagi mata ni mampu celik lagi. Last-last malam pun tiba menggantikan siang yang aku rasa begitu pantas berlalu. Dah masuk hari baru. Tapi rasa macam hari-hari sebelum ni berlalu macam tu je tanpa ada pape peristiwa yang best. Maknanya takde la kenangan yang aku boleh abadikan dalam hidupku. Takpe la, hidup mesti diteruskan jugak. Tak kira apa yang jadi dan akan terjadi. Life must go on seperti biasa. Perasaan mengantuk dah mula datang 'menggoda' diriku ini. Tido la wahai kamu. Lupakan semua ini sementara. Arghh!!! Tak bisa selagi aku tak tulis something. Hobi aku kan. Hehe so kena gak curi masa mengimarahkan blog ni. Mesti tawadduk dalam menulis. Dapat jugak improve seni bahasa kita.

Tidurlah Sayang

Siapa sayang tu? Ada la. Tak payah tanya. Biarlah rahsia kan sayang? Ok la suma. Aku nak ajak korang ramai-ramai tido. Kalau tak esok ada la yang mula nak lentok dalam kelas. Haha aku la tu. Selalu lentok habis dalam kelas. Tapi takpe. Lentok bukan sebarang lentok. Sambil lentok sambil belajar. Haha cayelah. Ok la. I need sedikit waktu dari masa itu untuk rehat jap. Tenangkan fikiran dan cari idea dalam mimpi yang bakal ku lalui sebentar lagi. Gud nite M'sia. I luv u (pulun gler). Sekian...

Berblogging Atau Study?

Bila seorang student macam aku ni become a blogger, jadual hidup pun dah sedikit sebanyak berubah. Aku nak kena bijak manage time untuk sesi berblogging dan jugak study. Hobiku sekarang ni memang la berblogging. Mau taknya, depan laptop ni 24 jam. Baca blog orang lain, cari tajuk smart-smart nak tulis pastu baca balik blog aku sendiri. Macam pulun je. Tapi itulah realiti. Banyak lagi aku nak kena improve pasal blog ni. Betul tak? Hmm macam mana erk nak majukan blog ni. Banyak blogger di luar sana tak henti-henti menulis pasal tips berblogging ni. Ala biasalah bila tulis pasal tips orang 'berebut-rebut' nak baca, nak jugak improve blog depa(kedah mari) sendiri. "Ya mari baca blog aku ada tips berbogging. Lepas baca jangan lupa klik kat iklan nuffnang tu." Nak jana pendapatan lebih la katakan. Aku pun lebih kurang je tak payah sibuk nak kata kat orang. Cuma aku takde tips berblogging nak kongsi je. Tapi klau bab klik-mengklik ni aku suka gak. Kepada korang, jangan lepaskan peluang klik dekat iklan tu. Kira sumbangan peribadi la jugak tanpa guna duit korang. Just klik ok.

Macam dah lari dari tajuk je. Haha pape jelah. Kalau korang tak suka kat mana-mana sila la komen. Aku ni jenis tak kisah orang nak kata apa pun asalkan benda tu nak buat aku jadi lagi elok. Aku pun manusia yang cintakan kesempurnaan. I have to go. Aku ada kelas pukul 10.30 satgi. Sila tinggalkan jejak anda dan jangan lupa klik kat iklan tu. Macam-macam ada. Sekian...
Related Posts with Thumbnails