Pages

Tuesday, July 27, 2010

Aku Bila Pulak???

Tengok kejayaan sedara Ariff Shah sekarang ni. Perghh macam artis dah. Aku yakin blogger yang selalu amik tau perkembangan blog dia asyik tulis pasal kejayaan beliau, kan? So tak payah aku nak cakap pasal tu sebab korang boleh baca sendiri dari blog orang lain. Tak pun rajin-rajinlah baca blog Ariff sebab blog dia amat berguna untuk newbie blogger macam aku ni. Ada pasal SEO la, Alexa ranking la dan macam2 entri yang berguna untuk tingkatkan trafic blog korang. Just check it out k...

************************

macam mana erk???

Kejayaan tu bukan datang bergolek ye tak? So kena la ada usaha baru boleh dapat apa yang diinginkan. Dalam dunia berblogging ni, apa yang aku ingin capai ialah : 
  • nak ada follower yang setia dengan blog ni 
  • teringin nak baca komen 'berjuta-juta' dari korang-sebagai tanda penghargaan buat sesebuah entri
  • bila suma dah stabil, nak buat domain or web hosting sendiri-yang ni perancangan masa depan
  • nak orang tau kewujudan blog aku, bukan kewujudan aku
  • nak macam2 lagi yang kadang2 melampaui batas, so malas nak cakap
Tu la sedikit sebanyak apa yang aku nak dalam berblogging ni. Amacam? Tak membebankan sangat kan. Aku yakin boleh capai suma tu. Lagi pun aku baru lagi. InsyaAllah dua tiga bulan lagi kukuh kot nama blog ni. Faktor penting yang aku kena buat nak bagi orang kenal blog aku ada satu je, yakni blogwalking. Ha aku cukup malas nak pi satu2 blog tinggal jejak. Tangan ada dua je. Masa lak terhad. So kekadang tu mana sempat. Kalau rajin korang jela tolong promote blog guwa k. Boleh claim kat nuffnang. Kihkihkih...

Setiap entri aku lak rasanya takde la meleret panjang sampai boleh buat korang lentok. Aku tak nak tulis entri yang panjang lebar lagi sebab aku takot korang bosan. Lagi pun blog ni just blog santai  je. Nanti2 la guwa bangkit dengan idea yang serius. Perghh tunggu dan lihat betapa seriusnya guwa nanti. Jangan nangis lak. Erm pasal nak update pulak, guwa tercari-cari lagi benda yang guwa boleh jadikan bahan nak berceloteh di sini. Sesapa yang nak dirinya dijadikan bahan blog guwa boleh hubungi guwa di talian... Sekian.

p/s : Sesapa yang nak jadi sifu guwa dalam dunia ni sila tampil bersama blog anda yang sudah kukuh kedudukannya...Kihkihkih lawak je

5 comments:

iqbalsyarie said...

hahaha..semoga apa yg ko arapkan tu dapat terlaksana bro~aku rasa ko takde masalah..insyaAllah..sbb blog ko ceria~best
Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

iza sweety said...

aamiiiiiiiiiiiiiiiinnn....cayouk syg

afiq aiman said...

terima kasih semua...peace~sob~sob

Affan Ruslan said...

Salam ziarah bro.
Good luck bro.
Gila kencang gak cita2 ko.
InsyaALLAH.

Oh ya, aku takde lah pro blogger, tapi kalau nk mintak tlg apa2 pasal blog InsyaALLAH blh. Kalau aku tau aku tlg lah takat mana yg mampu.

:)

afiq aiman said...

haha trima kasih la...pujian yg menaikkan smgt guwa...cantikk

Related Posts with Thumbnails