Pages

Saturday, July 3, 2010

Apa dah jadi???

Haha ap dah jadi dengan azam aku nak tinggalkan Blogger.com. Sebenarnya memang aku dah rancang bila aku buat blog guna wordpress aku nak tinggalkan jew blogger.com ni tapi aku masih tak jumpa cara nak guna wordpress dengan lebih baik. Senang citer guna blogger lagi mudah dari wordpress. Tu bagi aku la. Ada sesetengah pihak lebih selesa guna wordpress. Mungkin mereka dah selalu guna dan dah pandai nak handle suma tu. Takpela, apa-apapun aku masih belajar nak manfaatkan blog aku dalam wordpress tu. Mungkin suatu hari nanti aku dapat jadikan blog aku dalam wordpress tu sebagai blog untuk menyampaikan sesuatu yang lebih berguna. Blog ini boleh dijadikan blog santai aku untuk merapu. Amacam ok tak?

Sapa yang cekap tu bantu la sama

Ni aku nak mintak tolong kepada anda di luar sana. Bantu la aku sama nak majukan blog ni. Aku budak baru belajar. Banyak kesilapan aku buat. Tegur-tegur la sama. Aku kalau boleh nak jugak ada domain aku sendiri tapi biarlah dulu. Tengok keadaan sama ada blog ni akan terus maju atau tak. Kalau aku tengok korang semua bagi sokongan padu kat blog ni, tanpa segan silu aku terus pergi daftar domain aku sendiri tanda penghargaan kepada anda semua. Apa pun, teruskan pembacaan anda bersama Sekilas Pena.

No comments:

Related Posts with Thumbnails