Pages

Saturday, July 3, 2010

Asasians Boy

Dari Pokok Sena aku merantau ke Puncak Alam. Di situ terdapat sebuah cawangan UiTM yang dikenali sebagai UiTM kampus Puncak Alam. Jika korang berasal dari daerah berdekatan mesti korang tahu kat mana tempat ni kan. Aku dah lama mendaftarkan diri kat sini. Maybe dah hampir sebulan lebih aku kat sini bersama rakan-rakan lain. Tapi aku tak sempat nak umumkan penghijrahan aku sebelum ini. Waktu awal masuk takde laptop lagi. Nak tulis blog macam mana. Sekarang dah ada tapi internet kat sini pulak kadang-kadang naik kepala. Buat macam-macam hal nak bagi pengguna sakit hati. Nasib baik free so tak boleh la komplen banyak sangat. 4 orang insan dalam gambar tu merupakan sahabat dari sekolah lamaku yang turut serta memeriahkan program asasi sesi 2010/2011 kali ni. Aku dah masukkan sekali gambar markas tempat aku menjalankan sindiket berblogging ni. Amacam ok tak. Fasiliti kat sini suma ok sebab baru lagi. So kalau korang nak rasa universiti 'baru' tunggu apa lagi, cari peluang dan terus mintak sambung belajar kat sini. Tapi kat sini tak banyak lagi fakulti-fakulti ternama. Baru siap fasa pertama. Semua tiga fasa so agak amik masa la nak tunggu u ni complete sepenuhnya. Tapi nescaya siap je semua, mesti ramai yang berminat nak sambung kat sini. Nak tau kenapa? Nantikan apabila keseluruhan fasa siap dibina kelak. Gambar UiTM kampus Puncak Alam seperti yang korang dapat tengok kat bawah ni. Aku juga ada letakkan beberapa keping gambar lain untuk tontonan korang semua. I hope you'll enjoy it...




No comments:

Related Posts with Thumbnails