Pages

Friday, July 16, 2010

Balik Kampung

Malam ni kita kasi rileks sikit kita punya fikiran noh. Amacam ok suma? Ha malam ni bro Afiq nak sembang2 pasal balik kampung bersama u all suma. Are u ready kids? Jom kita layann.........

*************

Aku sekarang sedang menghitung jam nak balik ke kampung halaman. Dah lama rasanya tak balik kampung. Daftar masuk asasi kat Puncak Alam ni 23 Mei yang lalu dan semenjak itu jugak la aku tak penah jejak kaki kat rumah lagi. Wah lama bebenor eden tak balik ni. Rindu tak? Ha jujur la aku katakan aku sebenarnya takde la rindu sangat sebab sebagai lelaki ni aku lebih suka pi jalan merata dari dok terperap kat rumah macam sakai je. Muahaha. Memang jenis takleh dok diam kat rumah. Keja nak kluar je tapi takde geng lak nak ajak lepak pon. Pi disco ke clubbing ke surau ke lepak2 baru best sambil ngorat anak Mak Timah hujung kampung tu kan. Piwett cun siot!!! Haha aku tipu je. Setia beb kihkihkih...

Aku yakin dan teramat pasti yang suma budak asasi kat Puncak Alam ni mahupun yang sewaktu dengannya dah gian nak tidoq celah ketiak mak depa. Anak manja la katakan tapi bukan suma tau, sapa makan aiskrim dia terasa kancing giginya. Kalau ada sesiapa antara anda yang student sini jugak say hi aku nak tengok sikit. Aku hari sabtu ni baru nak berangkat pulang. Balik lewat sikit pun takpe. Bukan balik raya pun nak kalot2 ye tak? Pagi sabtu tu baru nak balik nek bas Transnasional je. Kita mana mampu nak nek bas bertingkat2 tu (walhal takot terbalik..nauzubillah..hehe). Baru mengaji dalam negara dah rasa suasana nak balik kampung. Kalau dok ngaji kat Russia ke ha macam mana egkau raso? Mau tubik airmata jugak la dibuatnya. Sambil dengar lagu Sudirman pulak kan, perghh layan siot!!!

Apa aku nak buat bila sampai je kat rumah nanti erk??? Ha aku nak pi merempit la. Dah lama tak pekena angin kencang 100km/h secara natural ni. Rindu kat moto gua tu. Err rasanya mampu lagi tak dia nak beraksi dengan gua kat batas ban tu nanti. Korang caye ke tak aku story ni? Trima jelah dan telan bulat2 k suma. Tapi tu la, aku tak rasa sangat suasana balik kampung sebab aku dok kawasan yang agak maju nun jauh di sana. Mana ada dah mood balik kampung macam dulu kala. Kalau dulu sungguh la muda mudi pi merantau pastu dah failed hidup depa kat sana baru balik kampung. Mula la mintak simpati balik nak hidup ngan mak pak. Awal dulu tau lari umah je semata-mata nak keja kat bandar (pengaruh drama beb). Best gak kalau famili aku dok kampung tapi ni tak, umah taman yang jadi pilihan. Bersyukur la ada gak tempat kediaman kan. Balik nak men ngan adik2 aku la. Macam dalam gambar ni..............


Padan la gambar ni ngan aku adik bradik. Aku pakai ken pelikat merah tu, adik pompuan aku pulak tu ha yang dok usha kain aku. Ade apa dik? Biawak kew? Yang sorang lagi pulak adik jantan lelaki aku. Yeah lawan dia bajak hitam...Haha lakonan semata-mata. Tidak ada kaitan sama ada yang telah pitam mahu pun yang sedang pengsan. Tett...........Apa kau merepek ni setannnnnnnnnnnnnnnnn.....Cilake!!! Ok la suma tamat... Jom tido esok ada kelas Math bersama Dr. Hwang lak. Nite suma...

p/s : Kepada yang nak balik kampung, pandu cermat jiwa kassim selamat. Jumpa lagi suma InsyaAllah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails