Pages

Tuesday, July 6, 2010

Berbicara Tentang Cinta

Setiap insan akan merasa nikmat cinta suatu hari nanti. Tidak kira peringkat umur. Tapi adakah cinta yang disulam itu berkekalan? Sekuat mana cinta itu untuk memastikan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat?

Apa Itu Cinta?

Ramai orang bercakap tentang cinta. Tapi ramai orang tak merasa nikmat cinta itu sendiri. Love is like ghost whose everybody talk about but a few have seen. Perlukah cinta itu dalam diri manusia sebenarnya? Entahlah. Aku tak dapat nak bagi jawapan yang tepat untuk setiap persoalan di atas. Aku pernah melaluinya dan sedang melaluinya. Tidak semua yang berlaku atas dasar cinta membawa kebahagiaan. Tidak mengapa. Mungkin semua itu ujian yang datang silih berganti untuk kita terus ingat yang di atas sana. Kalau semua itu tak berlaku maybe kita alpa akan segala suruhan-Nya. Aku insan yang selalu leka. Mengapa? Adakah cinta itu sendiri yang menyebabkan kita jadi macam ni? Kadang-kadang aku akan katakan ya disebabkan bercinta membuatkan kita asyik dibuai perasaan yang kita sendiri tidak tahu di mana hujung dan pangkalnya. Cinta yang disemai seeloknya diikat dengan satu ikatan yang sah agar setiap perbuataan yang dilakukan diberkati oleh-Nya. Perkahwinan merupakan jalan penyelesaian untuk menghalalkan setiap perbuataan antara kedua pasangan.

Tapi dimana silapnya?

Bercinta sudah. Berkahwin sudah. Nak apa lagi? Persoalan yang memeningkan kepala. Mestilah kebahagiaan rumah tangga yang dicari. Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan kebahagiaan rumah tangga muncul di setiap sudut kehidupan mereka. Insya-Allah jika rumah tangga itu diberkati maka kebahagian itu akan muncul silih berganti. Hanya berdoa dan tawakal menjadi pedamping diri di setiap hari. Mungkin kadang kala perselisihan berlaku. Asam garam kehidupan biasalah. Tapi jangan melampaui batas. Mungkin perselisihan itu menjadikan kita semakin akrab. Mungkin hidup ini sunyi tanpa gelak tawa pasangan dan berasa suram jika tidak diiringi dengan muka masam pasangan yang sedang merajuk. Semua ini menjadi asas untuk kita bijak mengambil peluang mengeratkan lagi hubungan itu dengan cara memujuk dan bergurau senda.

Komen anda...

Ha apa pulak komen anda sekalian tentang entri terbaru aku ni. Kepada sesiapa yang tau pasal diri aku jangan fikir bukan-bukan pulak. Entri ni tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Just renungan dan perkongsian ilmu bersama kalian. Kepada yang tidak suka aku mohon maaf jika terguris hati mana-mana pihak. Tidak ada niat lain, just mengimarahkan sesi berblogging aku kali ini. Harap kamu semua enjoy membaca entri terbaru aku ni. Ingat tau, "Love is like ghost whose everybody talk about but a few have seen." Renung-renungkan...

1 comment:

iza sweety said...

urm mmg kdg2 b'gduh 2 bt kte rpt gn psangn....tp mst la pndai amik ati...jgn lps kwen wt x taw jew...2 da bhaya 2...hehe....lau dpt laki yg mcm adam lam cte adamaya 2,fuh cye la......huhu......

Related Posts with Thumbnails