Pages

Monday, July 5, 2010

Berblogging Atau Study?

Bila seorang student macam aku ni become a blogger, jadual hidup pun dah sedikit sebanyak berubah. Aku nak kena bijak manage time untuk sesi berblogging dan jugak study. Hobiku sekarang ni memang la berblogging. Mau taknya, depan laptop ni 24 jam. Baca blog orang lain, cari tajuk smart-smart nak tulis pastu baca balik blog aku sendiri. Macam pulun je. Tapi itulah realiti. Banyak lagi aku nak kena improve pasal blog ni. Betul tak? Hmm macam mana erk nak majukan blog ni. Banyak blogger di luar sana tak henti-henti menulis pasal tips berblogging ni. Ala biasalah bila tulis pasal tips orang 'berebut-rebut' nak baca, nak jugak improve blog depa(kedah mari) sendiri. "Ya mari baca blog aku ada tips berbogging. Lepas baca jangan lupa klik kat iklan nuffnang tu." Nak jana pendapatan lebih la katakan. Aku pun lebih kurang je tak payah sibuk nak kata kat orang. Cuma aku takde tips berblogging nak kongsi je. Tapi klau bab klik-mengklik ni aku suka gak. Kepada korang, jangan lepaskan peluang klik dekat iklan tu. Kira sumbangan peribadi la jugak tanpa guna duit korang. Just klik ok.

Macam dah lari dari tajuk je. Haha pape jelah. Kalau korang tak suka kat mana-mana sila la komen. Aku ni jenis tak kisah orang nak kata apa pun asalkan benda tu nak buat aku jadi lagi elok. Aku pun manusia yang cintakan kesempurnaan. I have to go. Aku ada kelas pukul 10.30 satgi. Sila tinggalkan jejak anda dan jangan lupa klik kat iklan tu. Macam-macam ada. Sekian...

No comments:

Related Posts with Thumbnails