Pages

Sunday, July 11, 2010

Bila Perantau Mula Merantau...

Hari ini, 10/07/10 bersamaan 27 Rejab kot, kalau tak silap la, seperti yang telah dirancang bersama teman sejihadku, kami pi ke Low Yat sebab nak beli sedikit barang peribadi komputer dia. Aku panggil dia Abe Amir. Budak Terengganu. Kami ditemani oleh seorang lagi rakan iaitu si Apit, kawan lama sekolahku. Angin kus-kus yang bertiup kencang pagi ni membuatkan seluruh badanku terasa amat sejuk. Nak pakai jaket satgi ada orang dok kata sana sini lak. "Tengok mamat tu pakai jaket. Ingat ni Australia ke yang sejuk sangat tu." bisik si cilake dalam nada sinis. Tobat cilake kalau kata macam tu depan aku. Dah. Sambung citer...

Aku ni sebenarnya tak penah lagi nak pi Low Yat tu nek bas. Penah pi skali tu pun paksu yang bawakkan. Setiap ahli 'rombongan' yang ikut trip kali ni pun sama je macam hamba ni ha. Pakat tak tau nak pi macam mana. Puas tanya tourist guide takot sesat lak nanti. Pukul 7 lebih macam tu la, kami pun tunggu bas nak ke Seksyen 2. Sampai je kat situ aku terpikir, kalau aku nek bas U80 macam orang kata tu memang la aku sampai KL Sentral tapi macam mana aku nak tau tempat tu KL Sentral. Ada rupa macam Shahab Perdana ke tak pun macam pasar kat arab tu???



Ha so apa aku nak buat. Apit pun kol la kawan aku sorang ni yang dok kat UiTM Shah Alam, Aziz namanya. Ajak dia la tunjuk tempat senang sikit. Kami pun teruskan perjalanan di bumi orang ni. Mak ayah cek dah besar, dah boleh berdikari, lihatlah dunia, aku sedang merantau tanpa kehadiran kedua orang tuaku. Yeehaa...Sampai KL Sentral jumpa la dua sahabat kat sekolah lma dulu, Mae dan Aida. Nasib baik jumpa depa boleh gak depa tunjuk cara nak pi tempat yang dituju sebab si Aziz pun tak tau sangat. Besa la still newbie kat sini. Cara-caranya mudah je:
  1.  Lu beli tiket monorail ke Imbi (RM 1.60)
  2. Pastu lu jolok tiket tu dalam mesin apa tak tau. Ingat kena amik balik kad tu. Aku tadi nyaris2 tak amik. Nasib baik kawan habaq. Kalau tak...
  3. Cangak apa lagi. Tiket ada dah nek jela 'rooler coaster' tu
  4. Dah sampai. Awat tunggu bapak apa lagi turun la. Bayar sampai Imbi je nak nek lebih lak...
 Akhirnya Low Yat di depan mataku. Jom cari external hard disk yang kawan aku nak tu. Aish kawan2 lama ajak tengok wayang lak kat TS. Alahai ok jelah. Haha ni kali yang ke 1st penulis blog ni nak tengok wayang. Alangkah kunonya aku. Alahai. Tapi takpe sebab filem 1st aku tengok dalam wayang ni 18PL (18 Paling Lucah). Tajuk dia Predator. Citer omputeh tu. Wakaka...Jadi perak seketika taktala masuk panggung tu. Gelap. Mau jatuh aku time nek tangga ni satgi. Redah jela...Bukan orang kenal pun kalau tersembam kat situ. Berfikiran positif aku ni. Hahaha

Selesai tengok citer tu seluruh isi perutku berteriakkan. Afiq!!! Hg tak makan lagi ni. Cepat isi stomach hg ni. Pastu kami pun pi la makan kat McD Bukit Bintang tu. Wah jauh aku pi hari ni noh. Bangga2. Selesai makan, salam2 sikit ngan kengkawan lama pastu balik la. Hujan pun dah mula membasahi bumi. Buatnya bertambah lebat tak balik la kami.

Bla..bla..bla so sampai la kat Seksyen 2 kembali. Kena tunggu bas bersignboard U90 baru dapat balik ke Puncak Alam ni. Tunggu punya lama, bas tak kunjung tiba jugak. Asar dan Maghrib di situ la jawabnya. Pastu sebijik bas lalu tapi tak berenti pun, cilake punya drebar. Aku tunggu lama hg buat macam ni pulak. Takpe kami tunggu the next busted bus jela. Jam dah pukul 8 lebih ni. Sekor bas pun tak muncul. Perut mula meronta kelaparan ni. Apa mau buat, sabar dan terus sabar jela wahai si perantau oi. Ha sampai jugak tapi giler ramai orang berebut nak nek. Lewat dah kan. Nasib baik ada lagi sekor bas lepas ni. Kiranya yang lagi sekor tu last bas ke Puncak Alam untuk hari ni. Tunggu yang tu jela. Sambil tunggu kami pi isi perot dulu kat kedai makan berhampiran. Pekena ABC malam2 macam ni. Pergh menggeletar sejuk.

 Akhirnya bas yang ditunggu tiba. Alhamdulillah tak jadi tido masjid malam ni. Kalau terlepas bas akhir ni jawabnya jadi geng tabligh la kejap. Pi tido mana2 masjid pastu boleh bangun 'qiamullai'. Ceyh blah la qiamullai hg. Takleh caye. Ok tamat...Nak kena buat assigment lak ni. Err kopi secawan


p/s : Kepada rakan2 yang aku temui tadi, nice to meet you all again. Lama tak tengok korang akhirnya kita berjumpa lagi walaupun sekejap. Trimas semua

10 comments:

abe amir Acs said...

ad ke hg msuk nma ak lm neh???
adeiihh,, takpo abe amir, abe amir saba jh...haha

afiq aiman said...

haha mu jangan takot..sumo ok blako..pitih mu satgi kawe buat kira2

iza sweety said...

oooo,tgk wyg noh...kte ajk b'kli2 ckp x rti....x kra,nk tgk wyg gk....blik ney kte g tgk wyg...xkra2...(mcm bdk2)haha....xpe2,ko sbr jew amir,ksi dy can nk knlkn ko kt follower dy,kah3....

abe amir Acs said...

bereh...esok kito langsai blako...
hahah...ore kedoh kecek klate tuuuu....
p bnyi lg kdoh siket....

afiq aiman said...

alamak cik awek dah marah...lari woi

ashez~ said...

afiq :: sakan jalan rini. haha.
dh lma gla ta jmpa anx. smpat gk tgok mka td wpon sminit. kbetulan gila. :)

afiq aiman said...

haha tu la...nak buat macam mana berjam jugak la aku tersangkut kat situ..nasib baik ada bas jugak..cyelah rapid KL

chekgu Moe said...

berjalan sakan ye. hehe..

ashez~ said...

nk wat cmna. rapid mmg cmtu,lmbat..~
gpon ta byk bas yg g puncak..
kna sbaq gila nk tggu bas. huhu

iza sweety said...

ha,mna nk lri...smpai lubg tlinga owg cri,kah3....(mcm la ak ney kcik cgt nk cri afiq kt lam lubg tlinga)...kuar b'jln smpai mlm,sakan2....

Related Posts with Thumbnails