Pages

Friday, July 30, 2010

Blog Duniawai vs Blog Ukhrawi

Sebuah tajuk entri yang agak panas untuk di'update'. Tapi pape pun jangan nilai sesebuah entri just dari tajuknya tanpa membaca. Kalau anda buat begitu, guwa tak teragak-agak nak kata korang bangang. Ok? Apa kata korang tenang dulu. Tarik nafas sebab guwa nak ajak korang berpikir sikit. Ok ready? Jom layan...

*******************

apa itu blog?

Bagi aku, blog ni merupakan satu tempat di mana aku boleh kongsi apa-apa yang terjadi di sekelilingku bersama korang suma. Aku bukan artis nak buat program sendiri kat kaca TV anda. So, inilah tempatnya. Selain itu, aku jadikan blog ni sebagai part time job aku. Kalau zaman dulu kala, para student buat keja part time kat 7e nak tambah pendapatan, tapi zaman sekarang just duduk depan laptop pastu muntahkan idea yang ada dalam kepala otak korang, pun boleh jana pendapatan. Tapi aku tak nak sentuh bab jana pendapatan melalui blog sebab aku tak berjaya lagi dalam bab tu. Still dalam proses.

Ok, kita sentuh lak pasal tajuk entri ni. Dalam sesebuah masyarakat, mesti terdapat beberapa kelompok yang berpikiran berbeza sama sekali. Sebab itu dalam dunia blogging, ada blogger yang manjadikan blog depa sebagai medium untuk berdakwah. Dan ada jugak yang jadikan blog depa sebagai diari online untuk dikongsikan bersama. Semua ada hala tuju masing2 dan terserah macam mana nak manfaatkan peluang yang ada. Kadang2, ada sekelumit ilmu yang terselit dari penulisan kita yang dapat dimanfaatkan oleh insan lain. So, kita kira berbakti jugak la ngan ilmu yang disampaikan walaupun tidak sebesar mana.


tingginya langit tu

Blog aku ni kiranya blog duniawi la. Tajuk je skema tapi isi takde sangat nak kongsi. Orang yang berilmu digalakkan menulis blog dari orang tak cukup ilmu macam aku ni. Sebabnya mudah, bila ada ilmu takkan nak simpan sorang2. Cilake la tu. Tak sedar ke ilmu itu pinjaman je. Kongsi2 la sama. Ha kan dah kena. Tapi masalahnya orang tu dah kongsi but pembaca pulak malas nak tuntul ilmu tu. Macam2 kerenah manusia ni. Itu la, ini la. Insan macam aku kiranya lebih baik menulis dalam keadaan macam ni dulu. Bila ilmu dah penuh di dada baru beralih arah pulak. 

So konklusinya, dakwah tu perlu dilakukan oleh setiap yang bergelar muslim tapi caranya mungkin berbeza. Ada yang secara terang-terangan dan ada yang secara sembunyi. Apa2 pun niat tu mesti betul. InsyaAllah, Allah akan permudahkan setiap urusan kita. Jangan tau nak salahkan orang je ok. Nah aku kasi sikit cenderamata untuk korang yang baca...


Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Riwayat al-Tarmizi no. 2693)



p/s : khutbah jumaat di blog guwa

2 comments:

shahirahkhairudin said...

Assalamualaikum wbt...
wawawa.. kamu pun uitm jugak ke?
btw, hve a splendid weekend then..

yui92 said...

ehehe... buat macam aku la afiq... blog chipsmorewi... sat2 mraban..sat2 dakwah...sat2 cerita sat2 bla3...

Related Posts with Thumbnails