Pages

Friday, July 16, 2010

Cerita Masa Haluih Dulu

Ni aku nak buka cerita masa aku haluih dulu. Tapi sebelum tu hgpa tau tak haluih tu apa? Haluih tu equal to kecik la. Besa la aku ni kan Kedah mari so macam ni la loghat aku. Tak payah dok buat pelik. Idea nak tulis entri ni mai waktu dok ralit baca blog sedara ZackZukhairi. Best blog mamat tu. Kalau rasa nak hilangkan duka nestapa situ la tempatnya. Jemput la pi sana. Zack aku sedang buat promosi blog hg ni. Ok tak? Hehe...

**********************

Dulu waktu kecik aku ni memang jenis suka isap puting. Puting yang aku maksudkan macam gambar kat bawah ni...Jangan salah tafsir ok
Ha tu la yang aku maksudkan. Cilake kalau hgpa pikir lain. Aku masa kecik dulu memang gian gler ngan benda alah tu. Balik dari tadika terus cari benda tu. Selalunya ada dua. Satu unntuk isap dan satu lagi untuk gelintir(xtau specific word dia) kat muka. Macam bodo je kan. Memang pon. Aku isap benda alah tu sampai umo 6thn kot. Cilake dah besar pun isap lagi buat malu kaum je. Haha tapi tu suma cerita dulu kala. Sekarang tak isap dah. Kalau isap lagi aku taknak idop dah. Malu sial!!! Habit tu sekarang dapat kat adik laki aku lak. Banyak gler koleksi benda alah tu. Ada yang dah koyak gara2 digigitnya tapi ayah aku simpan. Nak bagi bila dia besar nanti. Ha padan muka hg. Boleh buat hantaran masa nak kawen nanti. Hahaha.

Macam mana aku berenti dari isap benda tu erk? Ha my mom gtau macam2 cara dah dia ikhtiar nak bagi aku tinggalkan benda alah tu tapi tak berjaya gak. Last2 satu hari ada musang masuk umah ke apa xtau tak ingat. Tapi memang ada la musang hari tu, aku nampak sendiri. Ha takot gler la time tu kan masih kanak2 ribena lagi. Pastu aku mintak puting nak isap. Tau my mom kata apa? Tu ha musang tadi dah amik puting hg. Nah cuak aku. Tak mintak dah lepas tu. Takottttttt...Yang adik aku lak lagi teruk. Boh cabai la, sambal la kat puting tu tapi dia pi basuh pastu isap balik. Payah betul jenis tu. Kalau koyak satgi suruh ayah aku kluar beli la kat kedai. Tak dak puting = tak tido. Cis!!! Isap satu je tapi yang buat spepart perghh belunggok(banyak). Yang tak celah hidung pun ada. Takleh blah betul. Satu lagi perangai aku masa dulu kala ialah aku suka suruh orang buat sekali lagi apa yang depa buat. Orang baru sudah berak aku suruh berak sekali lagi tak ke cilake namanya. Nak melabur apa pulak pun tak tau... Apa pun tak payah gelak kat orang. Hgpa pun ada kan cerita lucu zaman kanak2 ribena dulu. So biarlah jadi kenangan terindah kita. Bukan kita boleh balik ke masa dulu dah. So hanya ingatan je yang boleh bawak kita balik ke masa dulu. Jangan biarkan ingatan sewaktu kecik dulu hilang macam tu je.

p/s : entri ni aku nukilkan sempena ponteng lecture math kali pertama...cilake!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails