Pages

Sunday, July 4, 2010

Photoshop


Yang kat atas tu merupakan karyaku yang 1st menggunakan adobe photoshop. Aku memang minat bangat sama photoshop ni. Kalau dapat buat yang lagi cantik maka kepuasaan diri tu mula muncul. Aku belajar phoshop ni sebab beberapa faktor la jugak. Antaranya, aku nak buat header untuk blog aku sendiri guna kreativiti aku sendiri. Gambar kat atas tu aku dah jadikan sebagai header untuk blog keduaku. Aku tau tak cantik mana pun tapi biarlah kita berbangga dengan setiap yang kita hasilkan. Ala nanti dah bertambah ilmuku, macam-macam lagi aku nak hasilkan. Aku nak buat logo sendiri untuk semua blog aku. Biarlah orang mudah kenal bila tengok je logo tu nanti.

Sifuku???

Aku belajar dari beberapa orang tenaga pengajar. Antaranya saudara Hafiz dan Saiful. Mereka ni sahabat yang sama-sama amik kos asasi kejuruteraan di sini. Hafiz tu kawan sekolah lamaku dan Saiful lak housemate aku. So mudah la nak touch up sedikit sebanyak ilmuku tentang photoshop. Kalau ada sesiapa di luar sana yang sama-sama nak jadi pengajarku secara personal sila la. Amat dialu-alukan.

Lepas ni apa pulak?

Ha perancangan untuk masa depan lak. Kalau boleh la suatu hari nanti aku nak ada kamera DSLR. Bila ada kamera ni best sikit nak tulis blog. Tau sebab apa? Sebabnya bila ada je benda tu boleh la jugak kita rakam sebarang peristiwa yang berlaku dengan kualitinya yang amat hebat. Gambar yang dirakam pun nampak jelas dan berkualiti. Semua ni memainkan peranan dalam memajukan blog aku ni. Mana la tau suatu hari nanti blog ni berubah wajah sekali lagi apabila diubah menjadi blog photographer beginner pulak. Tapi insyaAllah tak kot. Aku nak kekalkan style blog 1st aku ni. Mungkin aku boleh wujudkan sudut lain untuk berkongsi gambar tetapi menggunakan blog yang sama. So tak payah bersusah payah pulun buat blog lain. Nanti terlampau banyak sampai last-last satu blog pun tak sempat nak update. Haha oklah. Aku nak tido dulu. Assalamualaikum...

1 comment:

Anonymous said...

testing je

Related Posts with Thumbnails