Pages

Monday, July 19, 2010

Sembang Petang

Celik je mata dah petang.  Adess rasa rugi pulak tdoq tadi. Mau taknya, lepas mid sem break ni ada test komputer lak. Tutorial fizik pun tak buat lagi. Tutor dah bagi warning keras kalau sape tak siap keje yang beliau bagi dikira tidak hadir kelas pada hari tu. Cukup tiga hari tak hadir maka familiku kat kampung ni bakal menerima sekeping surat cintan dari pihak U. Perghh so cruel...Takpe, berani buat salah berani tanggung la. Baru jantan namanya. Kihkihkih...Jom kita layan sambil pekena secawan kopi ngan sedikit kuih muih.



****************

Kepada hgpa suma, aku memang ketandusan idea sangat2 ni. Tak tau nak tulis apa. Tu la padahnya kalau malas membaca ni. Aku ni memang pemalas sikit. Tau nak benda mudah je tanpa usaha dulu. Tadi dalam 'muka buku' pun kena sound dah ngan sedara Zack. Kihkihkih sori la bro susahkan hg. Aku usaha sendiri pun dapat gak, saje malas. Petang2 macam ni apa topik yang kaw punya kita nak sembang erk??? Nak bercakap pasal Malaysia yang aku sendiri tak tau hujung pangkalnya, ewww tak la tobat tertidoq satgi. Lagi pun ceq ni bukan pandai nak berpolitik ni. Silap satgi ha mau ISA jadi destinasi ceq seterusnya. No men!!!

Kalau aku nak story pasal kekejaman Zionis kat sedara mara kita nun jauh di bumi Palestin tu rasanya korang pun tau apa yang jadi. Dalam facebook pun bercanggah page yang korang like berkaitan isu tu tapi sekadar like jela. Ye tak??? Tak payah tipu la. Erm k. Kalau nak cakap pasal tutorial blog pulak lebih baik korang tak payah caye kat aku. Aku baru je dalam dunia ni. Aku tak tau banyak benda lagi. Kalau nak tau pasal tutorial kejadah apa ni pi baca kat blog orang len. Aku bukan jenis tamak, suma nak bedal kat aku sorang. So pi la baca blog orang len sama. Boleh mempelbagaikan ilmu di dada. Ye tak??


Alamak korang...dah nak maghrib la. Sori la tak sempat nak sembang. Mak kite cakap an jangan balik lewat2 ada setan ikut satgi. Tak nak ah kite akot auw. Kihkihkih kite blah dulu k. Tatatititutttttttttttt...Maaf talian terputus...Arios amigos


p/s : Macam ni la bila ketandusan idea tapi sangap nak mengupdate blog. Padan muka...

2 comments:

lea said...

gambar je ker??
bak la sini sikit air n kuih tu

Affan Ruslan said...

Salam ziarah bro.
Sbnrnya kalau malas membaca pun masih ada idea utk menulis.
Contoh kalau nak cite kan pengalaman hidup ke, ataupun kongsi hobi ke, pun blh gak. Kalau tulis santai2 pun ada gak org baca. Good luck bro :)

Related Posts with Thumbnails