Pages

Wednesday, August 18, 2010

Konspirasi Starbucks


Ni sambungan dari artikel The Arrivals yang aku tulis tempoh hari. Ang tertarik tak nak baca. Tak pun! Ala jangan macam tu. Pi la tengok. Aku tak untung sesen pun. Aku just nak ang tau disebalik realiti kehidupan kita ni. Kalau tak nak jugak ok fine. Pi layan blue. 

Hari ni kita gomong sikit pasal Starbucks. Dalam dokumentari tu ada petik sedikit pasal benda alah ni. Kenapa? Ha jangan kalut. Ceq nak citer la ni. Sabaq sat noh. Tu la, suruh tengok tak nak pastu nak susahkan aku pulak. Cilake! Ekeke. 

Ok kita stat ngan perkataan STAR yang ada kat benda alah tu. Dalam dokumentari tu ada cakap yang ayat STAR tu merujuk kepada bendera sebuah negara kecik yang cinabeng yakni Israel. Star=Bintang yang terdapat kat bendera depa tu la. Tak sanggup aku nak boh gambaq bendera cilake tu. Google jela ok.

BUCKS pulak merujuk kepada duit. Tau tak duit? Ish apa benak sangat duit pun tak tau. Pastu selama ni yang ang pi makan kat kepsi bayar guna apa? Bulu kaki? 
Ni la yang dipanggil duit. Faham?!!!

Cuba kaitkan Star dan jugak Bucks. Tak ke ianya merujuk duit yang disalurkan kepada geng sialan tu? Ha pikir cepat! So macam mana? Nak pi makan kat sana lagi? Nak ke? Ok terserah la. Tugas aku cukup sekadar berkongsi apa yang aku ada. Nak dengar ke tak lantak ang la. Tapi kalau pi sana pun sila pikir dua tiga kali jugak sebelum menelan buta2 apa yang ang beli dari depa. Mana tau ada something ke. Something? Apa maksud aku? Pikir-pikirkan dan selamat menjamah!

p/s : Renungkan wahai teman. Terima kasih sebab membaca.

Tuesday, August 17, 2010

The Arrivals-Dokumentari Pembongkaran Dajjal

Sapa penah tengok?

Baru tadi aku amik video2 pendek tentang dokumentari yang aku kira amat baik untuk dikongsikan bersama. Video ni kalau tak silap aku dah lama. But aku yang baru terkinja-kinja nak tengok. Ala tapi aku yakin mesti bukan suma penah tengok kan. So sapa yang tak penah tengok patut baca benda ni. Kalau baca kat blog lain maybe penerangannya agak skema dan serius. Bagi yang suka santai2 je sila baca kat blog aku. nampak je santai tapi penuh ngan ilmu. Kira ok la kan. Ekeke.

Video ni ada sampai 51 part di mana setiap part tak sampai 15minit pun. Tapi sarat ngan fakta yang boleh buat kita pikir sejenak. Jangan risau sebab video ni sedara kita jugak yang buat-Noreagaa dan Archernahr. Dengki punya pasal sampai depa dapat ugutan bunuh kat internet. Dasar wtf!!! Dalam tu ada macam2 antaranya, freemason jadah apa yang mastika dok kalut cerita tu.

Kalau korang berminat boleh la cari kat youtube. Kalau nak dengar aku cerita pun boleh tapi lambat sikit. Aku baru tengok part 3. Nak stadi lagi ok. Aku student sila faham. But insyaAllah aku akan bagi yang terbaik buat korang. Ssyy jangan gitau sesapa aku tulis benda ni. Bahaya ok. Baca dan tutup mulut sudah. Aku cerita ni sebab nak kongsi bukan nak hasut korang. Faham kan? Apa2 nanti aku rojer lain. Ni mukaddimah review cerita yang bakal buat korang terkejut ngan apa yang aku nak kongsi nanti. Biarlah korang tunggu dengan perasaan yang berdebar-debar. Nak cepat sila ke youtube. Sekian.

p/s : Boleh ke aku nak teruskan entri ni? Ada ancaman dari sesapa tak?

Monday, August 16, 2010

Rancang Dulu Baru Sempurna

Aiya. Bila la blog afiqaiman.com nak berfungsi macam blog orang lain. Serba tak sempurna. Theme cikai je, masalah pun banyak. Lepas sejam dua guwa publish entri yang 'gempak' mula la takleh nak view. Nak masuk cpanel pun takleh sebab internet kat sini block site tu. Adess masalah betul.



Apa yang aku dah buat sampai takleh nak log in langsung. Masalah tu stat lepas je aku install plugin2 yang akan memudahkan pembaca dan aku sendiri. Silap kat mana. Bila jadi macam tu baru nak cari blogspot. Nak ceritakan masalah kat blogspot. Tau pulak sayang kat blogspot. Yang selama ni benci la, kutuk la. Ni la balasannya. Haha. 

Dengar nasihat aku nak bagi nasihat kat memana blogger yang terkinja2 teringin nak pakai hosting sendiri guna self-hosting wordpress. 1st, sebelum mulakan niat suci nurani korang tu, sila prepare mana yang patut. Duit mestila kena ada. Takkan nak bayar hosting tu guna bulu hidung korang. Cilake namanya. Lepas tu, belajar guna FTP. Benda apa tu? Entah! Aku pun tak tau. Tapi kebanyakkan blogger cakap macam tu la. Aku tak reti pun. Install reti la, guna sori! 

Lepas tu korang kena cari theme smat2 sikit. Memang la orag cakap theme tak penting but isi blog lagi penting. But bagi aku, theme tu macam pelaris la. Orang yang lalu lalang kat blog kita bukan suma nak baca apa yang kita tulis. 1st impression depa tengok dulu cantik ke tak blog tu. Tambah2 yang kaum hawa ni. Kalau menarik baru depa mula nak selongkar apa yang kita tulis. Kalau korang dah memang terkenal dengan seni bahasa korang yang amazing tu tak kisah la. Orang yang pi blog korang memang tau dah yang entri korang power dan berilmiah. Tak dak theme langsung pun takpe. Eh tipu sangat tu.

Apa lagi erk? Ha korang kena pi usya2 kegunaan setiap plugin yang korang nak install coz nanti mudah nak manage benda alah tu. Nak tau plugin apa yang nak kena ada dalam blog baru sila tanya blogger senior yang lebih lama dalam dunia blogging ni ok. Kalau tanya aku, aku akan suruh korang install PES dalam blog korang. Nanti boleh main sambil membaca. Ish tinggi sangat imaginasi aku malam ni. Ekeke. Cukup kot setakat ni entri ni. Nak siapkan assignment sikit. Tutorial pun banyak nak kena buat. Sapa nak tolong. Guwa bagi duit raya.

p/s : Cuba la masuk blog afiqaiman.com. Kalau boleh masuk sila baca apa yang guwa tulis. Mesti tertarik. Ekeke.



Saturday, August 14, 2010

Duit Raya Dari ChurpChurp

Comel!!!

Entri ni aku dah tulis dalam blog afiqaiman.com. But kecilakaan datang tanpa dijemput. Blog afiqaiman.com sedang ditahan di ICU. So terpaksa la update guna blogspot ni. Huhu. Ujian la katakan. Aku just tau menulis tapi tak reti nak handle kalau timbul masalah bab2 macam tu. Nak kena guna FTP jadah apa tak tau. So tunggu la sesapa nak tolong insan kerdil ni. Ekeke.

Bercakap tentang churp2 si burung biru ni, mesti ramai dah tau kan yang depa nak bagi sedikit duit raya kepada churper yang bertuah. Ha sapa yang tak join lagi sila join sekarang. Nanti bila nak daftar tu sila masukkan @aimannaaim sebagai referral ok. Haha. Churp2 ni merupakan anak menakan syarikat pak cik nuffnang yang bakhil. Tapi churp2 ni tak bakhil kot sebab nak bagi RM3000 kat churper depa. Kalau dapat banyak tu lepas la nak beli DSLR ke, bayar muka LC135 ke, or maybe belanja kengkawan. Eh boleh caye ke bab belanja kengkawan ni?

Malas la nak celoteh panjang2. Korang pi la check it out sendiri ok. Mana tau rezeki korang kat situ. But jangan salah faham. Yang ni bukan untuk blogger je ok. Churp2 ni terbuka kepada semua terutama yang ada akuan twitter sebab dia buat iklan kat twitter je. So tunggu apa lagi. Mari la join under guwa. Mudah je ok. Syarat2 nak join boleh usya kat sini. Nak join lak sila klik sini.

p/s : Selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa referral tarok @aimannaaim ok. Hehe

Monday, August 9, 2010

Sila Setia Dengan Saya Boleh Tak?

Ok suma. Entry ni guwa tujukan khas buat para pembaca dan follower blog ni. Tak dilupakan kepada En. Guest yang selalu dok buat onar kat blog guwa. Hehe jangan marah ye guest. Ok seperti yang sedia maklum, guwa bakal berblogging dengan menggunakan domain sendiri + web hosting yang dibeli di Shinjiru. Malas nak cerita panjang pasal ni sebab guwa bakal postkan suma cerita tu sebagai 1st entri guwa nanti. 


Guwa nak mintak satu je, baca kan tajuk kat atas tu. So boleh tak korang bersama guwa lagi lepas ni? Kalau korang setuju guwa ucapkan beribu terima kasih sebab sudi lagi membaca karya2 guwa. Jatuh bangun guwa berdasarkan undian korang. Pergh macam AF lak. Hehe pape pun nanti bila dah siap setup semua and dah stabil sumanya guwa akan inform. Pastu boleh la bawak mak cik, pak cik berkunjung ke sana. Layan diri dan buat macam rumah sendiri ok. Takde apa yang nak dimalukan kat sana. 

Blog ni macam mana lak? Ha yang tu tunggu dulu guwa pikirkan. But blog ni insyaAllah akan berjalan macam biasa. Kat blog baru guwa jadi zero balik. Kat sini ok sikit kan. So manfaatkan dua2 blog. Mungkin akan ada yang mengambil alih ke blog ni sape tau kan. Hehe. Berangan je lebih. But still berwawasan tinggi. 

p/s : terima kasih sedara Ariff sebab sudi setup blog baru tu.

Sunday, August 8, 2010

Begitulah Manusia

Aku tertarik dengan satu video di fb. Tajuknya "Adik Cuma Tanya Je Ibu." Sori la aku memang jenis buta IT tahap gaban punya so aku tak reti nak upload video tu dalam entry ni. Peace (-_-"). Sama2 kita hayati apa yang peng'create' video ni nak citerkan.

******************
IBU...insan yang sering kita lupa?

Bila seronok aku cari pasanganku,
Bila sedih aku cari Mak,
Bila berjaya aku ceritakan kepada pasanganku,
Bila gagal aku ceritakan pada Mak,
Bila bahagia aku peluk erat pasanganku,
Bila berduka aku peluk erat Emakku.

Bila bercuti aku bawa pasanganku,
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak,
Bila sambut Valentine, aku bagi hadiah kepada pasanganku,
Bila sambut hari ibu, aku just mampu ucapkan Selamat Hari Ibu buat Mak.

Selalu aku ingat pasanganku,
Selalu mak ingat kat aku,
Bila2 aku akan telefon pada pasanganku,
Entah bila aku telefon mak,
Selalu aku bagi hadiah pada pasanganku,
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk Mak.

Renungkan : 
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau Mak sudah tiada...Makkkk!!!

p/s : Hmm betul ke tidak ini yang kita balas untuk mak kita. Anda saja yang tau jawapannya. Hayati.

Saturday, August 7, 2010

Realiti Imam Muda

IMAM MUDA...program hiburan berlandaskan Islam

Entri ni bukan nak cerita siapa yang menang hari tu sebab aku yakin suma dah tahu pemenangnya kan. Masa pemenang Imam Muda diumumkan, kebanyakkan blog yang aku baca suma cerita pasal tu je. Naik boring dibuatnya. So, entri ni nak kongsi sedikit keistimewaan program yang Astro Oasis anjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kalau korang nak tau, proram tersebut femes bukan saja di negara ni malah turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk The Straits Times, Singapore; The Wall Street Journal; Associated Press (AP); Perbadanan Penyiaran British (BBC); Agence France-Presse (AFP); Reuters dan ARD Germany TC. So apa maksudnya di sini? Maksudnya program berbentuk keagamaan pun boleh berjaya macam program2 lain. Siap dapat liputan media antarabangsa lagi. Wah! Tahniah aku ucapkan kepada krew2 Imam Muda.

Apa lagi, kepada yang dekat luar sana mari sama2 menjayakan lagi program hiburan berlandaskan Islam ni. Dosa pun tak dapat. Yang dok pi layan konsert bukan2 tu jadah apa. Duit habis, penat pun penat, dosa pun dapat. Sapa sokong aku? Hehe. Sekian untuk kali ni.

p/s : Sumber dari Metro. Jangan was2 ok. 

Blogger Dan Kejayaan

Hari ni nak sembang sikit pasal dunia seorang blogger. Entri ni sekadar luahan perasaan newbie blogger-aku la tu. Sesapa ada idea lain sila komen ok. Satu forum terbuka untuk para blogger bertukar-tukar idea. Jom kita sama2 layan sambil pekena ABC. 
santai2 je-hehe

****************************

Setiap hari, hampir (maybe lebih) beribu blog baru diwujudkan sama ada blog itu untuk kegunaan bisnes atau just sebuah personal blog. So, persaingan yang amat sengit berlaku dalam kalangan blogger baru ni untuk memperkenalkan blog masing2. Bukan populariti yang dicari tapi just nak orang tau apa yang ingin kita sampaikan dalam blog kita-pendapat aku je. Bagi blogger yang dah femes, mereka just duduk goyang kaki kat rumah sambil tengok movie untuk cari idea baru nak update blog. Tu bagi yang full time blogger je ok. 

Ranking blog ni still berjuta-juta dalam alexa. Aiya bukan mudah ma nak femeskan sesebuah blog jika takde otak yang kreatif. Jika kita perasan, blog yang mudah mendapat rambutan sambutan merupakan blog yang banyak memaparkan tips2 berblogging and segala jenis tutorial. Blog yang patern ni sekejap je naik tambah pulak yang menulis semua tu dalam bahasa inggeris. Bagi yang tulis in Malay, walaupun ada google translator tapi bukan suma ayat google boleh translate. Contohnya-cilake, hgpa, korang, dll. Tak caye? Ok fine. Cuba translate entri ni. 

Berblogging kadang kala memberi ganjaran yang kita sendiri tak jangka. Contohnya, lihat sedara Ariff Shah-empunya blog ariffshah.com. Sekarang ni dah macam artis aku tengok hasil usaha berblogging je. Sapa jangka kan, berblogging pun boleh masuk paper. Ha tu suma rezeki dan berkat seseorang. Bila ada usaha, apa yang tak pernah kita fikirkan mungkin akan jadi milik kita-insyaAllah. Tapi niat nak jadi blogger tu mau ikhlas ok. Jangan nak gila glamour sangat. Sedara Ariff bukan macam tu. Dia still bantu newbie blogger macam aku sebab dia nak orang berjaya macam dia jugak. Betul tak Ariff? Hehe.

wajah Ariff dalam Kosmo

Ok point dia mudah je. Jadilah blogger yang ingin kongsikan ilmu bersama pembaca. Bukan suma perlu buat blog yang patern tutorial sebab dah berlambak blog jenis tu kat luar sana. Cari sedikit kelainan agar terserlah kreativiti seseorang blogger tu. Mungkin nanti kita bakal menyusuri jejak langkah sedara Ariff. So sama2 kita usaha agar impian kita tercapai. Sekian.

p/s : Sesapa ada idea lain sila komen. Berkongsi ilmu amalan mulia.



Wednesday, August 4, 2010

Ada Apa Pada Sekilas Pena

Kepada yang rajin dok lalu lalang kat blog ni, guwa nak tanya la, apa yang lu orang pikir pasal guwa bersama blog beliau? Cuba sama2 komen apa saja yang ada dalam blog ni. Nanti guwa boleh la buat improvement dalam blog yang seterusnya. Hehe.

wajah dula kala bloh ini

Apa pun guwa nak mintak maaf la kepada yang sudi datang sini baca tetapi guwa tak pi blog dia lak. Bukan apa, sekarang ni guwa berdepan masalah dengan internet. Ni pun pinjam broadband kawan. Hidup seorang blogger memang takleh pisah dari internet dan laptopnya. Tak kan nak tulis atas kertas A4 pastu scan then publish. Macam cilake lak. Kihkihih.


Pasal plan guwa nak buat domain + webhosting tu, ada sedikit masalah payment. Guwa takde alternatif lain nak bayar melainkan kena keluar hujung minggu ni pi bank in kat maybank. Adess, nak buat internet banking umur tak cukup 18 lagi. Tak kan nak tunggu bulan 9. Lambat sangat lak. Takpela guwa akan usaha. InsyaAllah suma akan ok seminggu dua lagi.

Buat masa sekarang, korang baca la dulu apa yang ada ok. Bila internet dah ok guwa tulis bebanyak entri sampai korang muntah. Nak? Ok suma, take care. Bye...

Tuesday, August 3, 2010

Guwa Nak Up Sikit

blog lagi!!!

Sebelum tu, guwa nak ucapkan terima kasih kepada rakan guwa, Abe Amir sebab sudi meminjamkan broadbandnya kepada guwa. Internet kat rumah ni ada masalah apa pun tak tau. Takleh nak connect. Memang cilake. Terbantut habis keja guwa. Tapi nak buat macam mana, internet free so tak payah dok mengada komplen macam2.

Guwa sekarang dalam proses nak maju lagi setapak dalam dunia blogging ni. Walaupun ilmu blogging guwa hanya seciput, guwa tetap nak beranikan diri untuk berdiri teguh dengan domain dan web hosting sendiri. Ilmu boleh di cari tapi keberanian sukar ditemui. Kihkihkih. Guwa sekarang dalam proses la. Tak tau la nak siap suma tu bila. Pada awalnya takde sesapa nak bantu. Akhirnya ada jugak insan baik hati nak tolong guwa buat suma ni. Siapa insan tu? Ha nanti guwa gitau sape insan tu dalam entri 1st guwa. InsyaAllah. Takot jugak kalau2 guwa terkantoi di pertengahan jalan. Harap2 tak la.

Guwa sebenarnya seorang budak yang tak bape nak celik IT. So payah jugak la bila orang macam guwa ni nak majukan diri dalam dunia di hujung jari ni. Tapi suma tu bukan mustahil untuk dilaksanakan jika diiringi dengan usaha yang tanpa putus. Perghh ayat falsafah. Benci!!! Tu la hakitkatnya. Guwa kalau belajar something yang baru, guwa akan cuba improve agar benda tu jadi lebih elok. Kecuali stadi subjek2 yang membosankan tu. Bab stadi memang guwa surrender awal melainkan stadi yang merapu meraban je. Contohnya photoshop ke, dll. Tapi guwa kena terus belajar sampai ada ijazah tak pun Phd ke. Yang tu untuk jangka masa yang panjang.

Hari ni, guwa berblogging sebagai part time je. Takde masa lagi nak buat secara full time. Banyak keja nak buat lagi. Nanti bila dah grad, sementara tunggu CEO mana2 company jemput guwa keja, so masa tu la guwa nak jadi full time blogger walaupun sekejap. Nak jadi full time blogger bukan senang. Kena rajin dalam suma bidang. Rajin bace dan suma2 la. Nanti baru dapat jadi Top !00 blogger in Malaysia. Wah hebat gitu. Guwa bercita-cita tinggi dalam semua bidang yang guwa ceburi. Alang2 dah tersangkut dalam dunia blogging ni, apa salahnya letak aim tinggi sikit nak maju ke depan. Biar nanti berdiri sama tinggi dengan blogger ternama kat Malaysia ni. Amacam? Sape yakin guwa mampu lakukan? Tunggu dan lihat ok.

Kepada yang suka baca karya guwa, nanti guwa harap korang still sokong guwa dari belakang. Jatuh bangun blog guwa terletak kepada kalian suma. Guwa just tulis. Korang yang nilai.Ok guwa malas nak cakap panjang pasal benda ni. Takot orang kata guwa cakap kosong lak. Nantikan kemunculan blog terbaru guwa ok. InsyaAllah suma kan berjalan lancar jika takde halangan dari mana2 pihak. Terima kasih kerana sudi baca. Guwa gerak dulu ok. Sekian.

Sunday, August 1, 2010

Aku Dan Kokurikulum

Hari ni guwa nak ajak korang kembali ke zaman bebudak sekolah dulu. Nak story pasal keaktifan guwa dalam bidang kokurikulum. Entri ni guwa bahagikan kepada 2 kategori yakni kategori sekolah rendah dan menengah. Sesapa nak feel lagi sila ke dapur amik popcorn adik korang pastu layan bersama yang lain.

Kategori Sekolah Rendah (SK Pokok Sena)


Awas!!! Kategori bawah umo just untuk bebudak nakal yang dah masuk 7-12 tahun kehidupan di bumi nyata. Yang terlebih umo diminta membaca untuk bebudak berkenaan. Haha ok lah tanpa berlengah lagi mari aku cerita sikit bidang koko apa yang aku aktif zaman sekolah rendah dulu.

taekwondo???

Aku stat masuk taekwondo masa darjah 5 kot. Tak bape ingat sebab dah lama. Guwa ni lembik sikit dulu but not lembut ok. Ada perbezaan antara lembik dan lembut tu. Sila jangan salah faham. Masa awal masuk dulu kekok jugak la nak sepak terajang ni. Tapi hasil tunjuk ajar Masked Rider dan Ultraman, guwa mampu melakukannya. Terima kasih sifu. Kihkihkih. Belt permulaan tentunya putih bersih. Lepas bape bulan bersama team tu nek la pangkat sikit. Guwa terus langkau satu belt. Perghh kuat jugak guwa ni. Tapi guwa rasa antara sebab guwa langkau satu belt tu sebab tulang kaki guwa masa tu lembut lagi dan mampu buat aksi kat bawah ni...


caye tak? tu la hakikatnya

Guwa kalau bab kangkang-mengangkang ni juara la. Tapi tu suma waktu skolah rendah je. Masuk skolah menengah tak praktis dah. Kalau try buat jugak insyaAllah kangkang macam tu sampai orang angkut guwa ke hospital. Belt terakhir guwa bersama taekwondo ialah biru tua. Tak sempat guwa nak rasa black belt. Sebabnya nanti guwa cerita. Selama guwa bersama team tu kat sekolah dulu, guwa penah masuk satu je kot pertandingan. Tu pun kalah. Cilake. Lepas pada tu, sifu guwa just bawak pi training setiap hari Jumaat kat Alor Star. Yang tu je kot yang guwa aktif semasa di sekolah rendah dulu. Yang nasyid, boria tu just nyanyi untuk hari anugerah cemerlang je. Tak wakil pi mana2 pun. So tak payah cerita.

Kategori Sekolah Menengah (SMK Dato' Syed Omar & SBPI Kubang Pasu)

Result UPSR guwa just 3A2B je. So guwa just bersekolah di sekolah harian biasa yang jauhnya dalam 22km dari rumah guwa. Masa kat sekolah menengah guwa tertarik pulak kat team Kor Kadet Polis. Mungkin sebab bunyi hentakan masa depa tengah kawad tu kot. Or maybe sebab uniform depa. Tak kisah la apa pun. So akhir form 1 aku join team tu. Bila dah join satu team so takleh dah nak aktif dalam team lain. Sebab tu belt taekwondo guwa tersangkut sampai biru tua je. Masuk form 2, 6 orang yang sama umo dengan guwa termasuk guwa dah diserap masuk ke team utama Kadet Polis sekolah tu. Hebat2. Hehe. Kami kira budak2 termuda dalam team tu. Yang lain form 4 dan form 5 je. Yang form 3 taknak join sebab PMR. Lantak korang la asalkan aku dapat join team yang kira gempak la jugak zaman tu dulu. Suma orang kenal masa zaman kegemilangan Kadet Polis SMKDSO. Sebab tu bangga tu.

Tahun 1st aku join, kami dah sampai tahap negeri. Aku tak ingat dapat no. bape masa kat negeri tu tapi yang pasti bukan johan la. Hehe. Bila masuk 2nd year lak, teruk sikit la sebab masa tu aku dah form 3. Nak PMR lagi but aku still aktif berkawad ni. 2nd year aku join sampai dapat naib johan peringkat negeri. Alhamdulillah result PMR aku pun baik (8A), so aku berpindah ke SBPI Kubang Pasu masa form 4. Sebelum pindah sempat lagi naik pangkat kopral. Hehe dapat jugak pangkat. Selama aku bersama team Kadet Polis SMKDSO, aku hanya penah pi menembak. Tak penah pi mana2 perkhemahan yang grand2. Lepas aku pindah baru depa pi berkhemah merata tempat. Cilake.

mana satu guwa???

Masa kat sekolah baru tak brape aktif sebab skolah still baru. Tak femes lagi aktiviti kokurikulum ni. So aku pun malas la nak buat pala giat dok tergedik-gedik ajak orang kawad sana sini. Kat tempat orang so ikut cara orang. Lagi pun aku pun masih baru lagi masa tu. Kira rezeki juga la kat sana. Aku dapat pangkat sarjan waktu form 4. Kiranya dalam masa setahun dua kali guwa nek pangkat. Cayelah. Tapi guwa mantain pangkat sarjan sampai berhenti skolah. Takde rezeki nak merasa Sub Inspektor. Huhu. Kira ok la kan. Ada jugak pangkat walaupun seciput je. Masa kat sini guwa penah rasa perkhemahan daerah Kubang Pasu dan menembak. Best jugak la. Tapi yang leceh tu sebab guwa ketua. Aku ni mana ada lagi ciri2 pemimpin yang berwibawa masa tu. Sapa suruh aku jadi ketua sangat. Hehe. Sekian.

p/s : Cilake panjang entri ni. Harap korang enjoy (-_-")

Related Posts with Thumbnails