Pages

Sunday, August 1, 2010

Aku Dan Kokurikulum

Hari ni guwa nak ajak korang kembali ke zaman bebudak sekolah dulu. Nak story pasal keaktifan guwa dalam bidang kokurikulum. Entri ni guwa bahagikan kepada 2 kategori yakni kategori sekolah rendah dan menengah. Sesapa nak feel lagi sila ke dapur amik popcorn adik korang pastu layan bersama yang lain.

Kategori Sekolah Rendah (SK Pokok Sena)


Awas!!! Kategori bawah umo just untuk bebudak nakal yang dah masuk 7-12 tahun kehidupan di bumi nyata. Yang terlebih umo diminta membaca untuk bebudak berkenaan. Haha ok lah tanpa berlengah lagi mari aku cerita sikit bidang koko apa yang aku aktif zaman sekolah rendah dulu.

taekwondo???

Aku stat masuk taekwondo masa darjah 5 kot. Tak bape ingat sebab dah lama. Guwa ni lembik sikit dulu but not lembut ok. Ada perbezaan antara lembik dan lembut tu. Sila jangan salah faham. Masa awal masuk dulu kekok jugak la nak sepak terajang ni. Tapi hasil tunjuk ajar Masked Rider dan Ultraman, guwa mampu melakukannya. Terima kasih sifu. Kihkihkih. Belt permulaan tentunya putih bersih. Lepas bape bulan bersama team tu nek la pangkat sikit. Guwa terus langkau satu belt. Perghh kuat jugak guwa ni. Tapi guwa rasa antara sebab guwa langkau satu belt tu sebab tulang kaki guwa masa tu lembut lagi dan mampu buat aksi kat bawah ni...


caye tak? tu la hakikatnya

Guwa kalau bab kangkang-mengangkang ni juara la. Tapi tu suma waktu skolah rendah je. Masuk skolah menengah tak praktis dah. Kalau try buat jugak insyaAllah kangkang macam tu sampai orang angkut guwa ke hospital. Belt terakhir guwa bersama taekwondo ialah biru tua. Tak sempat guwa nak rasa black belt. Sebabnya nanti guwa cerita. Selama guwa bersama team tu kat sekolah dulu, guwa penah masuk satu je kot pertandingan. Tu pun kalah. Cilake. Lepas pada tu, sifu guwa just bawak pi training setiap hari Jumaat kat Alor Star. Yang tu je kot yang guwa aktif semasa di sekolah rendah dulu. Yang nasyid, boria tu just nyanyi untuk hari anugerah cemerlang je. Tak wakil pi mana2 pun. So tak payah cerita.

Kategori Sekolah Menengah (SMK Dato' Syed Omar & SBPI Kubang Pasu)

Result UPSR guwa just 3A2B je. So guwa just bersekolah di sekolah harian biasa yang jauhnya dalam 22km dari rumah guwa. Masa kat sekolah menengah guwa tertarik pulak kat team Kor Kadet Polis. Mungkin sebab bunyi hentakan masa depa tengah kawad tu kot. Or maybe sebab uniform depa. Tak kisah la apa pun. So akhir form 1 aku join team tu. Bila dah join satu team so takleh dah nak aktif dalam team lain. Sebab tu belt taekwondo guwa tersangkut sampai biru tua je. Masuk form 2, 6 orang yang sama umo dengan guwa termasuk guwa dah diserap masuk ke team utama Kadet Polis sekolah tu. Hebat2. Hehe. Kami kira budak2 termuda dalam team tu. Yang lain form 4 dan form 5 je. Yang form 3 taknak join sebab PMR. Lantak korang la asalkan aku dapat join team yang kira gempak la jugak zaman tu dulu. Suma orang kenal masa zaman kegemilangan Kadet Polis SMKDSO. Sebab tu bangga tu.

Tahun 1st aku join, kami dah sampai tahap negeri. Aku tak ingat dapat no. bape masa kat negeri tu tapi yang pasti bukan johan la. Hehe. Bila masuk 2nd year lak, teruk sikit la sebab masa tu aku dah form 3. Nak PMR lagi but aku still aktif berkawad ni. 2nd year aku join sampai dapat naib johan peringkat negeri. Alhamdulillah result PMR aku pun baik (8A), so aku berpindah ke SBPI Kubang Pasu masa form 4. Sebelum pindah sempat lagi naik pangkat kopral. Hehe dapat jugak pangkat. Selama aku bersama team Kadet Polis SMKDSO, aku hanya penah pi menembak. Tak penah pi mana2 perkhemahan yang grand2. Lepas aku pindah baru depa pi berkhemah merata tempat. Cilake.

mana satu guwa???

Masa kat sekolah baru tak brape aktif sebab skolah still baru. Tak femes lagi aktiviti kokurikulum ni. So aku pun malas la nak buat pala giat dok tergedik-gedik ajak orang kawad sana sini. Kat tempat orang so ikut cara orang. Lagi pun aku pun masih baru lagi masa tu. Kira rezeki juga la kat sana. Aku dapat pangkat sarjan waktu form 4. Kiranya dalam masa setahun dua kali guwa nek pangkat. Cayelah. Tapi guwa mantain pangkat sarjan sampai berhenti skolah. Takde rezeki nak merasa Sub Inspektor. Huhu. Kira ok la kan. Ada jugak pangkat walaupun seciput je. Masa kat sini guwa penah rasa perkhemahan daerah Kubang Pasu dan menembak. Best jugak la. Tapi yang leceh tu sebab guwa ketua. Aku ni mana ada lagi ciri2 pemimpin yang berwibawa masa tu. Sapa suruh aku jadi ketua sangat. Hehe. Sekian.

p/s : Cilake panjang entri ni. Harap korang enjoy (-_-")

3 comments:

yui92 said...

xtvt koko yg plg baru? hg masuk apa kt ctu?


baca2 n fllow sini juga

afiq aiman said...

kat sini tak masuk apa lagi...budak asasi setahun je so tak payah masuk apa sgt pun xpe...len la budak diploma ngn budak ijazah

eLaThEeMoGiRl said...

tak habis2 cilake..aishh..

Related Posts with Thumbnails