Pages

Monday, August 16, 2010

Rancang Dulu Baru Sempurna

Aiya. Bila la blog afiqaiman.com nak berfungsi macam blog orang lain. Serba tak sempurna. Theme cikai je, masalah pun banyak. Lepas sejam dua guwa publish entri yang 'gempak' mula la takleh nak view. Nak masuk cpanel pun takleh sebab internet kat sini block site tu. Adess masalah betul.



Apa yang aku dah buat sampai takleh nak log in langsung. Masalah tu stat lepas je aku install plugin2 yang akan memudahkan pembaca dan aku sendiri. Silap kat mana. Bila jadi macam tu baru nak cari blogspot. Nak ceritakan masalah kat blogspot. Tau pulak sayang kat blogspot. Yang selama ni benci la, kutuk la. Ni la balasannya. Haha. 

Dengar nasihat aku nak bagi nasihat kat memana blogger yang terkinja2 teringin nak pakai hosting sendiri guna self-hosting wordpress. 1st, sebelum mulakan niat suci nurani korang tu, sila prepare mana yang patut. Duit mestila kena ada. Takkan nak bayar hosting tu guna bulu hidung korang. Cilake namanya. Lepas tu, belajar guna FTP. Benda apa tu? Entah! Aku pun tak tau. Tapi kebanyakkan blogger cakap macam tu la. Aku tak reti pun. Install reti la, guna sori! 

Lepas tu korang kena cari theme smat2 sikit. Memang la orag cakap theme tak penting but isi blog lagi penting. But bagi aku, theme tu macam pelaris la. Orang yang lalu lalang kat blog kita bukan suma nak baca apa yang kita tulis. 1st impression depa tengok dulu cantik ke tak blog tu. Tambah2 yang kaum hawa ni. Kalau menarik baru depa mula nak selongkar apa yang kita tulis. Kalau korang dah memang terkenal dengan seni bahasa korang yang amazing tu tak kisah la. Orang yang pi blog korang memang tau dah yang entri korang power dan berilmiah. Tak dak theme langsung pun takpe. Eh tipu sangat tu.

Apa lagi erk? Ha korang kena pi usya2 kegunaan setiap plugin yang korang nak install coz nanti mudah nak manage benda alah tu. Nak tau plugin apa yang nak kena ada dalam blog baru sila tanya blogger senior yang lebih lama dalam dunia blogging ni ok. Kalau tanya aku, aku akan suruh korang install PES dalam blog korang. Nanti boleh main sambil membaca. Ish tinggi sangat imaginasi aku malam ni. Ekeke. Cukup kot setakat ni entri ni. Nak siapkan assignment sikit. Tutorial pun banyak nak kena buat. Sapa nak tolong. Guwa bagi duit raya.

p/s : Cuba la masuk blog afiqaiman.com. Kalau boleh masuk sila baca apa yang guwa tulis. Mesti tertarik. Ekeke.



2 comments:

My MiRa said...

ala blog kamoo dh cukup cantek dah...tak yah la ubah2 lagi....

afiq aiman said...

terima kasih...tapi cantik je tak cukup kalau ilmu yang nak dikongsikan hampeh..kan?

Related Posts with Thumbnails