Pages

Saturday, August 7, 2010

Realiti Imam Muda

IMAM MUDA...program hiburan berlandaskan Islam

Entri ni bukan nak cerita siapa yang menang hari tu sebab aku yakin suma dah tahu pemenangnya kan. Masa pemenang Imam Muda diumumkan, kebanyakkan blog yang aku baca suma cerita pasal tu je. Naik boring dibuatnya. So, entri ni nak kongsi sedikit keistimewaan program yang Astro Oasis anjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kalau korang nak tau, proram tersebut femes bukan saja di negara ni malah turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk The Straits Times, Singapore; The Wall Street Journal; Associated Press (AP); Perbadanan Penyiaran British (BBC); Agence France-Presse (AFP); Reuters dan ARD Germany TC. So apa maksudnya di sini? Maksudnya program berbentuk keagamaan pun boleh berjaya macam program2 lain. Siap dapat liputan media antarabangsa lagi. Wah! Tahniah aku ucapkan kepada krew2 Imam Muda.

Apa lagi, kepada yang dekat luar sana mari sama2 menjayakan lagi program hiburan berlandaskan Islam ni. Dosa pun tak dapat. Yang dok pi layan konsert bukan2 tu jadah apa. Duit habis, penat pun penat, dosa pun dapat. Sapa sokong aku? Hehe. Sekian untuk kali ni.

p/s : Sumber dari Metro. Jangan was2 ok. 

2 comments:

echah mashuri said...

iman muda xsmpt pun nk tgk

amirah said...

xtgok gak imam muda...rsa mmcm dh lama xtgok tv..huhu.
lebih baik ada prgrm mcm ni berbndg program nyanyi2 yg ntah apa2

Related Posts with Thumbnails